ISKANDAR PUTERI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan tujuh pengemis asing dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, pada Selasa.
Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi jam 6.30 petang itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
"Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis serta derma warga asing di pasar malam tersebut.
"Pengutip derma warga asing itu ditahan menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati. Manakala pengemis yang ditahan terdiri daripada mereka yang cacat anggota badan.
"Penahanan mereka membuktikan ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, kesemua ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Kemboja dan dua lelaki warga Thailand. Selain itu, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia turut ditahan ketika anggota Imigresen melakukan pemeriksaan di sekitar gerai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024
Kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun. - Gambar/ JIM
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Pengemis warga asing raih RM10,000 sebulan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan tujuh pengemis asing dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, pada Selasa.
Pengemis warga asing raih RM500 sehari di bazar Ramadan
Polis menahan seorang individu warga tempatan berusia 35 tahun dipercayai dalang sindiket itu bersama tiga pengemis warga Thailand berusia antara 33 sehingga 46.