awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara 23 Jan - MCMC
PRK Kinabatangan, Lamag: 48,526 pengundi tunai tanggungjawab esok
Ubisoft batalkan enam permainan termasuk 'Prince of Persia', tutup beberapa studio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengenalan tulisan khat bermula sejak 2014 - Kementerian Pendidikan

Bernama
Bernama
06/08/2019
22:19 MYT
Pengenalan tulisan khat bermula sejak 2014 - Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran.
Pengenalan tulisan khat dalam Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4 pada tahun hadapan adalah hasil pengkonsepsian Kurikulum Sekolah Rendah pada tahun 2014.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata ia juga telah melalui pemetaan kurikulum merangkumi pembinaan kurikulum Tahap 1 pada 2015 dan pembinaan kurikulum Tahap 2 pada 2016-2017.
"Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) melibatkan pengenalan tulisan khat ini telah mengambil masa sejak tahun 2014 lagi.
"Usaha ini juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih," menurut kenyataan itu.
Kementerian Pendidikan juga menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran.
Kementerian turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu berkenaan sekali gus menunjukkan agenda pendidikan sentiasa mendapat perhatian semua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda
#Bahasa Melayu
#DKSP
#guru
#JAWI
#kajian rintis
#Kementerian Pendidikan
#khat
#Melayu
#pakar bahasa
#pendidikan
#peperiksaan
#rakyat Malaysia
#sekolah
#Tahun 4
#tiada pentaksiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan