GEORGE TOWN: Ketua Jurulatih Sarawak United FC S Balachandran bangga dengan persembahan yang ditampilkan barisan pemainnya yang beraksi cemerlang di gelanggang lawan untuk mengutip tiga mata penuh.
Katanya pujian harus diberikan kepada semua pemain yang sentiasa berusaha untuk mengutip tiga mata penuh dalam pelawanan menentang tuan rumah Penang FC.
"Kredit harus diberikan kepada semua pemain Sarawak United kerana mereka rajin dan sangat cepat dalam menyesuaikan diri dengan latihan yang baharu.
"Dalam aksi malam ini, mereka begitu cepat dalam bertukar dari pertahanan kepada serangan balas," katanya kepada pemberita selepas pelawanan di Stadium Bandaraya malam tadi.
Balachandran yang mengakui beliau masih baharu bersama pasukan Sarawak United berkata dalam latihan sebelum ini, beliau sering menekankan pertahanan kerana bertemu dengan pasukan-pasukan yang kuat seperti Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Namun menurut beliau, dalam persiapan menghadapi Penang, latihan adalah lebih kepada serangan dan mengingatkan pemain agar lebih banyak melakukan serangan.
"Standard Penang adalah lebih kurang sama dengan kami...jadi saya telah pesan kepada pemain untuk lebihkan serangan untuk mencipta gol bagi memastikan kemenangan walaupun bermain di gelanggang lawan," katanya.
Semalam, Sarawak United mengalahkan Penang FC 3-2 dengan gol Sarawak dihasilkan oleh Nor Azizi Ramlee, Uche Agba dan Gonzalo Manuel Soto manakala kedua-dua gol Penang dijaringkan oleh Lucas Espindola Da Silva.
Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Manzoor Azwira Abd Wahid berkata pasukannya akan terus bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mengutip sebanyak mata yang mungkin.
"Walaupun kita kini menghuni di tangga yang tercorot, namun dalam bola sepak ini tiada apa yang mustahil dan saya yakin pemain-pemain akan berusaha untuk mengubah nasib pasukan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan membuat analisis pemainan pasukan untuk mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki.
Dalam perlawanan pada 9 Ogos, Sarawak United akan bertandang ke Stadium Likas untuk menentang Sabah FC manakala Penang FC akan bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Pemain Pulau Pinang Saravanan Thirumurugan dikawal pemain Sarawak United Raja Imran Shah Raja Amin pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya, George Town, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Melaka, Sarawak diberi tempoh seminggu atau terkeluar Liga Super 2023
Kedua-dua kelab diberi tempoh sehingga 19 Okt ini untuk mengemukakan rayuan mendapatkan lesen kebangsaan.
Ryan Lambert ledak hatrik, KL City menang bergaya di Cheras
Kuala Lumpur City FC memperoleh kemenangan bergaya apabila membenam Sarawak United 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras sebentar tadi.
NSFC manfaat beraksi di laman sendiri, benam Sarawak United 3-2
Skuad Hobin Jang Hobin berjaya membuka tirai gol pada minit ke-17 selepas Gustavo Almeida dos Santos menanduk masuk sepakan sudut Che Rashid.
PFAM terima laporan tunggakan gaji pemain Sarawak United
PFAM telah mengeluarkan notis kepada pasukan terbabit untuk tuntutan tunggakan pemain terlibat yang membuat aduan pada 16 Jun lepas.
Pengendali Sarawak United bangga dengan kemenangan di Stadium Bandaraya
Katanya, pujian harus diberi kepada semua pemain yang sentiasa berusaha mengutip tiga mata penuh dalam pelawanan malam tadi.
JDT tetap garang tanpa Mora, NS rampas kedudukan ketiga
Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super.
Piala FA: JDT, Sri Pahang melangkah mudah ke suku akhir
Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), menepati ramalan melangkah mudah ke peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas menumpaskan Sarawak United 3-0 malam ini.
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.
Sarawak United bakal berdepan hukuman berat
Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.
Sarawak United terus menjadi kuda hitam, atasi Pahang 1-0
Sarawak United berada di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata, diikuti KL (4), Penang (1) dan Pahang di tempat terakhir.