awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi MDN, Mahmood Zuhdi meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2023
15:32 MYT
Pengerusi MDN, Mahmood Zuhdi meninggal dunia
Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.20 malam, pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.20 malam, pada Sabtu.
Maklumat itu dikongsikan pentadbir laman Facebook rasmi Allahyarham pada jam 10.40 malam.
Laman Facebook rasmi Majlis Dakwah Negara turut berkongsikan berita duka itu kira-kira jam 11.05 malam.
Setakat ini, maklumat berkaitan lokasi dan solat jenazah dan pengebumian masih belum dikongsi kepada umum.
Begitupun, beberapa pengguna media sosial di Facebook dan Twitter sudah mula merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham sebaik berita itu tersebar.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya dan dianugerahkan kedudukan sebagai Profesor Emeritus daripada universiti itu pada tahun 2011.
Allahyarham juga merupakan seorang penulis berbakat, telah menerbitkan beberapa buku syariah selama beberapa tahun.
Buku-buku beliau termasuklah ‘Ke arah Merealisasikan Undang-undang Islam’ di Malaysia (1998), Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam Malaysia (1999), Wakaf dan Pelaksanaannya di Malaysia (2000) dan Ulama Penggugat Zaman (2004).
Antara beberapa artikel ditulis arwah termasuklah Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran (2000), Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah (2002) dan Teori Politik Islam: Memahami Siasah Syariah (2003).
Allahyarham adalah penerima Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan.
Topic Berkaitan
#Mahmood Zuhdi
#Majlis Dakwah Negara
#meninggal dunia
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan