Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan memeras ugut, tiga tahun lalu.
Sanjeevan, 32, didakwa memeras ugut ahli perniagaan Chan Leong Kwan, 40, untuk menyerahkan wang tunai RM1,500 kepadanya atau mangsa tidak dapat menjalankan perniagaannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada pukul 9.45 malam, 1 Julai 2013 di premis nombor 25-27-29, tingkat atas Jalan Dagangan 8, Pusat Dagangan Triang di Bera, dekat sini.
Mangsa membuat laporan polis pada 16 Ogos 2013.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor K. Kishornath mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Peguam Ravin Jay yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM7,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan kerana beranggapan jumlah itu terlalu tinggi.
"Jaminan hanya sebagai jaminan kepada kehadiran tertuduh semasa perbicaraan. Saya memberi jaminan tertuduh tidak akan melarikan diri kerana beliau mempunyai dua lagi tuduhan di Mahkamah Seremban," katanya.
Majistret Najwa Hashim membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Sept ini untuk sebutan semula untuk pengurusan kes.
Pada 19 Julai lalu, Sanjeevan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan menggaji warga asing tanpa pas dan memeras ugut.
Bernama
Fri Aug 12 2016
Kesalahan itu didakwa dilakukan Sanjeevan pada 1 Julai 2013 di Pusat Dagangan Triang di Bera. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pengerusi MyWatch didakwa peras ugut RM1,500
Datuk R. Sri Sanjeevan didakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tunai RM1,500 kepadanya atau mangsa tidak dapat menjalankan perniagaannya.