KUALA LUMPUR: Pengesahan Fitch Ratings ke atas penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan stabil bagi tahun 2023 mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata pengesahan itu juga menunjukkan keyakinan agensi penarafan antarabangsa itu terhadap kekuatan pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tahan negara di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu dan sangat mencabar.
"Penarafan Malaysia diimbangi oleh ekonomi yang pelbagai dengan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh walaupun hutang negara adalah tinggi serta asas hasil yang rendah berbanding perbelanjaan mengurus," katanya yang memetik kenyataan Fitch yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut Fitch, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2023 dan 4.8 peratus pada 2024 berbanding pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan sebanyak 8.7 peratus pada 2022 ekoran kelonggaran sekatan COVID-19 dan usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah pemulihan dan sokongan ke arah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meluas.
Agensi penarafan itu juga menjangkakan sektor perkhidmatan sektor terus dirangsang oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, inflasi yang terkawal dan pemulihan dalam sektor berkaitan pelancongan ekoran pembukaan semula China.
"Trend pertumbuhan jangka sederhana dijangka kekal teguh antara empat dan lima peratus," katanya yang berpandangan sektor pembuatan dan eksport berkemungkinan menghadapi halangan daripada permintaan global yang lemah bagi elektronik dan komoditi," katanya.
Sementara itu, Fitch berpendapat bahawa defisit fiskal akan berkurangan secara beransur-ansur kepada purata sekitar 4.5 peratus daripada KDNK pada 2023 - 2025, mengambil kira pelbagai faktor termasuk rasionalisasi perbelanjaan yang lebih baik dan langkah mobilisasi hasil yang berkesan.
Melangkah ke hadapan, Anwar berkata, kerajaan berazam untuk memastikan kedudukan fiskal negara terus kukuh melalui penyatuan defisit fiskal secara beransur-ansur sambil mengimbangi keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi semasa zaman mencabar ini di peringkat global.
"Melalui Belanjawan 2023, yang akan dibentangkan pada 24 Februari 2023, kerajaan akan terus mempergiatkan usaha reformasi untuk memacu pemulihan ekonomi negara, meningkatkan pelaburan dan menambah baik infrastruktur awam.
"Penekanan berterusan juga akan diberikan kepada inisiatif untuk mengawal tekanan inflasi dan meringankan beban rakyat daripada kos sara hidup yang tinggi," katanya.
Selain itu, beliau berkata, Belanjawan 2023 juga akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kewangan dan tadbir urus negara, bagi menyokong komitmen kerajaan untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonomi ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan tema Belanjawan 2023 iaitu "Membangun Malaysia MADANI".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Anwar berkata pengesahan itu juga menunjukkan keyakinan agensi penarafan antarabangsa itu terhadap kekuatan pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tahan negara di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu dan sangat mencabar. - Foto FB
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Pengesahan Fitch Ratings cermin keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan - PM Anwar
Pengesahan Fitch Ratings ke atas penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB dengan tinjauan stabil bagi tahun 2023 mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan sekarang.