awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengesahan vaksinasi sudah cukup, mengapa perlu lagi borang enterSarawak? - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2021
07:01 MYT
Pengesahan vaksinasi sudah cukup, mengapa perlu lagi borang enterSarawak? -  Abdul Karim
Kata Abdul Karim pengesahan vaksinasi lengkap sudah memadai untuk membolehkan seseorang itu memasuki Sarawak kerana sistem yang sama diguna pakai oleh negara lain, termasuk di Eropah. - Foto: BERNAMA
KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak menyambut baik pengumuman kerajaan persekutuan yang membenarkan rentas negeri bermula hari ini.
Bagaimanapun menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang masih melaksanakan sistem pengawasan EnterSarawak.
Jelas Abdul Karim, sebagai Menteri yang bertanggungjawab memulihkan kembali sektor pelancongan di Sarawak penarikan balik beberapa syarat sebelum ini termasuk pembatalan permit polis untuk memasuki negeri itu amat dialu-alukan, namun JPBNS perlu bersikap lebih memudahkan orang ramai.
“Saya masih tidak berpuas hati dengan syarat lain yang diletakkan oleh Kerajaan Sarawak iaitu borang ‘enterSarawak’, saya tidak melihat asasnya.
“Permit polis sudah tidak perlu, mengapa kita masih perlu mempunyai permit untuk memasuki Sarawak?
“Syarat bukti lengkap divaksinasi atau surat doktor menyatakan mengapa anda tidak divaksinasi adalah memadai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian, pada sidang media selepas melancarkan Dayak Daily Drift 2021 di Kuching, pada Isnin.
Tambah Abdul Karim beliau yakin, pengesahan vaksinasi lengkap sudah memadai untuk membolehkan seseorang itu memasuki Sarawak kerana sistem yang sama diguna pakai oleh negara lain, termasuk di Eropah.
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#vaksin lengkap
#pelancongan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan