BUTTERWORTH: Pengetua sebuah sekolah menengah di sini, dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya, empat tahun lalu.
Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan membebaskan Zainuren Mohamed selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Tertuduh, 58, juga dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selain wang jaminannya dikembalikan.
Noor Aini membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak selain pihak pendakwaan gagal memanggil saksi utama kejadian serta isu kredibiliti saksi lain.
Peguam tertuduh, E Gnasegaran ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, berkata seramai sembilan saksi dipanggil dalam kes tersebut, namun, keterangan semua saksi yang tidak konsisten menyebabkan mahkamah membebaskan tertuduh.
Sementara itu, Zainuren yang kelihatan sebak meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membersihkan namanya.
Beliau turut berterima kasih kepada peguam serta rakan yang menyokongnya sejak awal perbicaraan empat tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat.
Pada Januari 2019, Zainuren berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki yang ketika itu berusia 11, 13 dan 14 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik khas pengetua dan asrama sebuah sekolah di sini, antara jam 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue May 24 2022
Zainuren Mohamed sebak dan meluahkan rasa syukur selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya sekali gus membuatkannya dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan. - Gambar Astro AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
SPRM tahan pengetua, ketua pembantu tadbir terima rasuah lebih RM17,000
Lelaki dan wanita itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kluang kira-kira jam 7 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.
Tingkatan Enam: Kuasa autonomi, pendedahan dan latihan secukupnya kepada pengetua
KPM kini dalam proses menyiapkan garis panduan pengambilan pelajar kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam.
Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri
Kejadian berlaku sewaktu pengetua sekolah berkenaan singgah ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
Pengetua taska, tadika perlu mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak
angkah itu penting bagi memastikan mereka mampu melakukan sesuatu perkara yang bermakna untuk generasi akan datang.
Pengetua dilepas, dibebas tuduhan amang seksual fizikal empat pelajar
Keterangan semua saksi yang tidak konsisten menyebabkan mahkamah membebaskan tertuduh.
Dakwaan amang seksual: Mahkamah benarkan bekas pengetua maahad tahfiz diikat jamin
Dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan kes.
Pengetua sekolah menengah direman bantu siasatan kes cabul, gangguan seksual
Kesemua mangsa mendakwa suspek menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi unsur lucah.
Pengetua cantikkan sekolah dalam masa 100 hari
Usaha itu dilakukan selepas seminggu menganalisis dan memantau persekitaran sekolah berkenaan.
Jatuh, maut di sekolah: Guru besar atau pengetua wajar didakwa
Insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada warga sekolah sama ada guru, kakitangan mahupun pelajar adalah membimbangkan dan amat dikesali.
Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.