PUTRAJAYA: Majikan yang mahu menggajikan pekerja domestik asing (PDA) Indonesia sebagai pembantu rumah wajib menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta (APS) dan melalui Kedutaan Besar Indonesia, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).
KSM dalam kenyataan memaklumkan ini kerana wujudnya perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Indonesia, selain proses permohonan PDA melibatkan tiga pihak iaitu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKS), Kedutaan Besar Indonesia dan Jabatan Imigresen (JIM).
Menurut kenyataan itu, bagi menggajikan PDA dari negara sumber lain, ia boleh dilakukan sama ada melalui APS atau majikan sendiri yang menguruskan permohonan.
Bagi proses permohonan PDA Indonesia yang baharu, ia perlu melalui Sistem Maid Online (SMO) dan SIPERMIT milik Kedutaan Besar Indonesia, dengan kos pengambilan maksimum adalah RM15,000.
"Prosedur atau permohonan PDA dari negara-negara sumber lain yang melibatkan kos pembayaran adalah tertakluk kepada tawaran APS dan persetujuan bakal majikan," menurut KSM.
Bagi proses pembaharuan permit yang melibatkan JIM sepenuhnya, KSM memaklumkan untuk negara sumber Indonesia, ia tidak memerlukan pengesahan daripada pihak JTKS kecuali jika pasport PDA masih sah, dan majikan boleh terus membuat pembaharuan permit kerja di JIM tanpa melalui khidmat APS.
"Jika pasport PDA telah tamat tempoh, proses yang perlu dilakukan oleh majikan adalah sama seperti proses permohonan baharu iaitu majikan perlu menggunakan khidmat APS untuk berurusan di Kedutaan Indonesia.
"Bagi negara sumber lain, ia tidak melibatkan JTKS dan majikan boleh terus mengemukakan permohonan pembaharuan kepada JIM. Kadar bayaran adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak antara majikan dan APS, jika majikan menggunakan khidmat APS," menurut kenyataan itu.
KSM menyatakan setiap agensi pekerjaan swasta yang menjalankan aktiviti pengurusan PDA perlu mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh JTKS.
Di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, APS boleh mengenakan fi penempatan tidak melebihi sebulan gaji pekerja sekiranya caj tersebut dikenakan kepada pekerja.
Sebarang bentuk bayaran lain adalah bergantung kepada apa yang termaktub dalam kontrak yang dipersetujui antara APS dan majikan serta sekiranya terdapat pertikaian di pihak APS dan majikan, aduan boleh dibuat kepada Tribunal Pengguna atau melalui mahkamah sivil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Bagi proses permohonan PDA Indonesia yang baharu, ia perlu melalui Sistem Maid Online (SMO) dan SIPERMIT milik Kedutaan Besar Indonesia, dengan kos pengambilan maksimum adalah RM15,000.- Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Penggajian PDA Indonesia wajib guna khidmat APS, melalui kedutaan - KSM
Majikan yang mahu menggajikan pekerja domestik asing Indonesia sebagai pembantu rumah wajib menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta (APS) dan melalui Kedutaan Besar Indonesia.