NATIONAL
Penggal kepala, kerat badan bapa, suspek direman tujuh hari

Unit forensik polis dan anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui di dua lokasi di belakang rumah di Kampung Kanthan Baru, semalam. -Foto Sinar Harian
Anak lelaki yang juga suspek utama kes bunuh seorang warga emas di Kampung Kanthan Baru, Chemor semalam direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 52 tahun tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini.
Tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata suspek dipercayai berbuat demikian selepas berang ditegur oleh bapanya yang berusia 74 tahun kerana didakwa melakukan kegiatan menghisap dadah di rumah mereka.
Mayat Yo Su Kim ditemui di beberapa lokasi berbeza dalam jarak 12 meter.
Kepala mangsa, tangan dan kaki ditanam secara berasingan manakala badannya dicampak ke dalam pembentungan belakang rumah sedalam lima kaki.
Yahya berkata siasatan di tempat kejadian menemukan sebilah parang sepanjang 0.6 meter di sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami