MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini, atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu dengan anggaran berat 23.1 kilogram.
Lau Siong Poh, 50, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas, pukul 12.10 tengah malam, di Jalan Baiduri 8, Pulau Melaka, Melaka Tengah.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Jan tahun depan bagi serahan laporan kimia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas. - Gambar hiasan

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

AWANI Ringkas: Malaysia rancang buka hospital lapangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

H5N1 | Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau. Namun Agensi Kesihatan PBB itu berkata, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Kemalangan | 14 maut di Mexico, kebanyakkan dipercayai migran
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap yang terbalik dan tenggelam dalam sebatang terusan di utara Mexico. Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Australia lancar dos penggalak kelima
Australia akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi. Menurut Menteri Kesihatannya, Mark Butler, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Belon Pengintip | AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
Amerika Syarikat akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia. Menurut Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.

Gempa Turkiye-Syria | Terperangkap 50 jam, hilang semua ahli keluarga
Hospital di Syria berdepan peningkatan jumlah kemasukan pesakit kanak-kanak. Sebahagian besarnya ditarik keluar daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, pada Isnin.

Gempa Turkiye-Syria | AS beri sokongan penuh untuk bantu Turkiye
Presiden Joe Biden komited untuk membantu Turkiye dan Syria pasca gempa yang melanda dua negara terbabit. Menurut Biden, komitmen itu sudah dinyatakan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina
Rang Undang-Undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023

Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas.

Tujuh Rang Undang-undang mansuh hukuman mati mandatori dibentang di Dewan Rakyat
Tujuh rang undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan muktamadkan keputusan dasar pelaksanaan gantian hukum mati mandatori
Kerajaan telah memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

Jabatan Peguam Negara sedia draf pindaan rang undang-undang mansuh hukuman mati
Draf pindaan rang undang-undang berkaitan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori akan disediakan Jabatan Peguam Negara.

Perinci jenis kesalahan hukuman mati mandatori yang akan dimansuh
Shamrahayu berkata, buat masa ini, butiran mengenai perkara itu belum dinyatakan dengan jelas.

Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi
Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini.

Mansuh hukuman mati mandatori: Tinjauan awam akan dibuat
Tinjauan awam itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan dibentangkan pada Oktober ini.

Keputusan kerajaan hanya libatkan pemansuhan hukuman mati mandatori sahaja - Wan Junaidi
Hukuman mati mandatori di Malaysia masih dikekalkan bagaimanapun ia bakal dimansuhkan dan dalam peringkat perbincangan.

'Jadikan sesi akan datang sebagai sidang Parlimen Reformasi bersejarah'
Beberapa langkah perlu diambil dalam sidang akan datang ini termasuk membentangkan beberapa undang-undang reformasi.