Tidak kira siapa pun pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, projek pembinaan dan baik pulih sekolah daif di Sarawak perlu diteruskan.
Demikian kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong ketika mengulas peletakan jawatan Dr Maszlee yang berkuatkuasa 3 Januari 2020.
Beliau ketika dihubungi pada Jumaat berkata jawatan menteri Kabinet yang dilepaskan itu sama sekali tidak menjejaskan sebarang rundingan mahupun projek yang dilaksanakan.
“Tidak, siapa sahaja yang akan ambil alih tugas Menteri Pendidikan, dia akan teruskan kerjanya, secara peribadi saya percaya perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan responnya mengenai tindakan Dr Maszlee yang mengumumkan peletakan jawatan dalam satu sidang media di Putrajaya pada semalam.
Kata Manyin menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebanyak 196 sekolah daif atau 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 1,020 sekolah di seluruh Sarawak telah dibaik pulih setakat ini.
Kerajaan Persekutuan katanya telah membelanjakan kira-kira RM678.97 juta bagi negeri ini untuk memperbaiki, menaik taraf atau membina semula sekolah daif sejak 2016 hingga kini.
Beliau menambah RM100 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutan dalam Belanjawan Negara 2020.
Mengenai peruntukan RM1 bilion oleh Kerajaan Persekutuan, bayaran pertama secara kontra sebanyak RM350 juta telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk bagi 37 sekolah pertama di negeri ini.
Sementara itu, bayaran kedua dan ketiga masing-masing berjumlah RM350 juta dan RM300 juta dijadualkan dibayar pada Januari dan Jun tahun ini.
Rudi Affendi Khalik
Fri Jan 03 2020
Projek pembinaan dan baik pulih sekolah daif di Sarawak perlu diteruskan.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Stephen Rundi Naib Presiden Kanan PBB yang baharu
Dr Rundi yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, mengisi jawatan berkenaan untuk kuota sayap Pesaka, menggantikan bekas ADUN Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong.
Sarawak setuju pembatalan UPSR, PT3, tangguh SPM dan STPM
Kerajaan negeri Sarawak bersetuju dengan pembatalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi edisi tahun ini.
Pengganti Dr Maszlee, perlu teruskan projek sekolah daif di Sarawak - Manyin
Tidak kira siapa pun pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, projek pembinaan dan baik pulih sekolah daif di Sarawak perlu diteruskan.