awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/09/2023
06:22 MYT
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan nama bagi menjawat jawatan berkenaan boleh dikemukakan kepada beliau. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih ‘terbuka’ untuk diisi.
Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan nama bagi menjawat jawatan berkenaan boleh dikemukakan kepada beliau.
“Insya-Allah kita akan atasi isu kekosongan. Kalau ada cadangan, sila isi (hantar) surat kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri sebelum itu hadir Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di sini.
Ditanya adakah kerusi berkenaan akan diisi oleh Suhaizan Kayat yang memenangi kerusi Parlimen Pulai baru-baru ini, Anwar berkata: “Kena tulis surat kepada saya.”
Media sebelum ini melaporkan dua Ahli Parlimen daripada Parti Amanah Negara (Amanah) disebut-sebut sebagai individu yang akan mengisi kekosongan jawatan KPDN.
Mereka ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan seorang lagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan yang juga ‘orang kepercayaan’ Allahyarham Salahuddin berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 18,000.
Topic Berkaitan
#kekosongan jawatan
#Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
#Salahuddin Ayub
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan