awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna domestik, bukan domestik terima rebat elektrik 2 sen setiap kWj

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
09:30 MYT
Pengguna domestik, bukan domestik terima rebat elektrik 2 sen setiap kWj
Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam (kWj), iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga sembilan peratus bagi tempoh enam bulan mulai Januari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata enam sektor perniagaan di negara ini juga akan menerima diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Sektor berkenaan adalah melibatkan pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.
"Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara," katanya ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), di sini pada Isnin.
BACA: PKP 2.0: Kerajaan umum pakej PERMAI bernilai RM15 bilion
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.
Di bawah skim itu katanya, 50 peratus jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.
"Dengan itu, pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.
"Jaminan sebanyak 1 bilion ringgit akan disediakan untuk tujuan ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#rebat elektrik
#TNB
#Tenaga Nasional Berhad
#pengendali hotel
#pusat konvensyen
#pusat beli belah
#pelancongan
#syarikat penerbangan
#PKP
#COVID-19
#diskaun khas
#rebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan