SHAH ALAM: Segelintir pengguna Facebook mendakwa akaun mereka digodam pautan laman web yang tidak diketahui dan diteg dengan laman web lucah sejak minggu lalu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, pautan mencurigakan itu diteg dengan nama pemilik akaun secara rawak yang meminta penerima menekan pautan diberikan mengandungi gambar atau video.
Seorang pengguna Facebook, Haswad Abdul Halim, 40, berkata, dia menyedari akaunnya diteg dengan pautan laman web lucah apabila menerima notifikasi mencurigakan.
“Ada akaun yang tidak dikenali tag nama saya di Facebook. Saya menyedari pautan laman web itu adalah laman web lucah kerana ada kenalan beritahu saya.
“Saya rasa malu dan bimbang jika dianggap tidak bermoral. Saya kemudian buat permohonan maaf di wall saya bagi menerangkan perkara sebenar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Haswad berkata, akaun Facebook milik abang dan beberapa rakannya juga diteg dan mendapat notifikasi sama sejak beberapa minggu lalu.
“Selepas kejadian minggu lalu, saya tidak menerima sebarang notifikasi sama lagi. Jika ada lagi selepas ini, saya akan terus padam dan keluarkan tag dari akaun berkenaan.
“Saya akan rujuk rakan yang lebih arif dengan laman sosial Facebook agar perkara sama tidak berulang lagi atau mungkin akan nyah aktif akaun buat sementara waktu jika nama saya masih diteg dengan pautan sama,” katanya.
Sementara itu, Mohd Fazrul Izwan Zainal Azeman, 37, mendakwa, aplikasi Messenger pada akaun Facebook miliknya turut menghantar pautan mencurigakan kepada lebih 50 rakannya minggu lalu.
Katanya, pautan yang dihantar bersama mesej dan emoji itu mencetuskan tanda tanya dengan meminta penerima membukanya.
“Saya hanya menyedari akaun Facebook saya digodam apabila adik saya bertanyakan perkara itu menerusi aplikasi WhatsApp.
“Ketika membuka Messenger, saya lihat lebih 50 rakan di Facebook menerima pautan berkenaan,” katanya.
Mohd Fazrul Izwan berkata, ada antara rakannya yang menekan pautan berkenaan kerana menganggap ia sememangnya dihantar oleh dirinya.
“Saya maklumkan kepada semua rakan supaya tidak membuka dan mengabaikan pautan serta mesej yang diterima kerana ia bukan daripada saya,” katanya.
Setakat ini tiada sebarang penjelasan rasmi daripada Facebook mengenai perkara tersebut, namun sebelum ini pihak aplikasi yang dibangunkan Mark Zuckerberg itu pernah memberi peringatan kepada pengguna supaya tidak membuka pautan mencurigakan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 25 2022

Segelintir pengguna Facebook mendakwa akaun mereka digodam pautan laman web yang tidak diketahui dan diteg dengan laman web lucah sejak minggu lalu. -Gambar hiasan/Reuters

Sarawak pinda definisi tanah wujudkan kuasa khas kawal ruangan udara di atas tanah negeri
Sarawak akan meminda definisi tanah agar istilah berkanun untuk terma tanah di dalam Rang Undang-Undnag (RUU) Kanun Tanah.

Alam Sekitar | Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim
Kerajaan Sarawak akan menggubal dasar perubahan iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12.

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Isu Kanabis, Hem | Ramai pesakit guna untuk perubatan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengiktiraf ramai pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Menurut Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pesakit berkenaan bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Dasar Luar China | Malaysia perlu pelajari pembangunan ekonomi China
Dasar luar China yang kini berubah kepada apa yang disifatkan oleh media barat sebagai dasar luar agresif menimbulkan kegusaran implikasinya terhadap negara-negara Asia Tenggara. Bagaimanapun menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan), Help Universiti, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, apa yang penting adalah Malaysia perlu mempelajari pembangunan ekonomi di republik itu.

Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
Singapura menjadi negara keenam yang melarang kemasukan Abdul Somad.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

'Walaupun menimbulkan kegusaran, Malaysia boleh belajar dari dasar luar China'
Penting bagi Malaysia mengambil iktibar daripada dasar luar tersebut, terutama berkaitan selok-belok pembangunan ekonomi.

Harga emas turun, kedai emas kena serbu
Tinjuan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

China Eastern MU5735: Tiada kenyataan berhubung nahas dikeluarkan NTSB - CAAC
CAAC dalam pada itu berkata ia akan berhubung dengan pasukan penyiasat NTSB dan menerbitkan maklumat tepat berhubung tragedi apabila tiba masanya.

KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Kes penipuan beli durian dalam talian meningkat - Polis P. Pinang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan urusan jual beli durian secara dalam talian.

Gergasi media sosial gagal bertindak terhadap diskriminasi anti-Islam - CCDH
Gagal bertindak ke atas 89 peratus siaran yang mengandungi elemen kebencian terhadap Islam dan kandungan Islamofobia yang dilaporkan menerusi platform mereka.

JAIS minta pemilik akaun Facebook 'pakej taubat RM20' tarik balik iklan
JAIS telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya.

Wanita, tunang ditahan kes tipu jual beli kucing RM11,000 di Facebook
Seorang wanita dan tunangnya ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan jual beli kucing melalui media sosial Facebook melibatkan kerugian RM11,000.

Demam nasi Arab Cef Ammar, sampai ada sanggup ambil tempahan ke Johor
Sampai Ke Johor Nasi Arab Cef Ammar! Reseller Sanggup Ambil Tempahan Dengan Kos Ekstra Sebanyak

Hina pelajar B40: Facebook rasmi UiTM jadi sasaran warga maya
Selain menuntut pengurusan UiTM memberi penjelasan, mereka juga menggesa tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

Rusia hadkan akses terhadap Google News
Sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Feb, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.

Telegram atasi WhatsApp di Rusia
Penggunaan Telegram di negara itu meningkat mendadak sejak 24 Feb, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Pukul penunggang basikal: Polis panggil pemandu Wira biru
Lelaki tempatan berusia 30-an yang beralamat di Batu Gajah itu telah dipanggil untuk memberi keterangan pada Selasa.