awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna LRT, KL Monorel boleh tuntut bayaran balik jika tren lewat 15 minit

Bernama
Bernama
31/10/2016
14:20 MYT
Pengguna LRT, KL Monorel boleh tuntut bayaran balik jika tren lewat 15 minit
Prasarana bagaimanapun menegaskan hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya jika pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT.
Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak meneruskan perjalanan selepas mengalami kelewatan perkhidmatan LRT dan KL Monorel melebihi 15 minit boleh membuat tuntutan bayaran balik.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagaimanapun menegaskan hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya jika pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT.
"Pembayaran balik itu diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan sehala sahaja dan tempoh sah kupon tambang percuma itu adalah lima hari dari tarikh dikeluarkan," menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategiknya hari ini.
Prasarana mengeluarkan kenyataan itu susulan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri di Dewan Rakyat hari ini berkenaan kelewatan perkhidmatan LRT dan Monorel dan bagaimana tuntutan boleh dilaksanakan.
Nancy ditanya Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang ingin tahu sama ada sistem pampasan diwujudkan bagi pengguna pengangkutan awam seperti yang dilaksanakan di United Kingdom dan Jepun bagi pengangkutan tidak menepati jadual sebagai langkah memastikan kecekapan perkhidmatan dan mendorong pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Koh, Nancy berkata polisi yang diamalkan oleh Prasarana adalah sekiranya berlaku kelewatan yang melebihi 15 minit, pengguna mempunyai hak untuk menuntut kembali tambang yang dibayar atau mendapatkan kupon sebagai tiket ganti untuk perjalanan pada keesokan harinya.
"Polisi sama akan diguna pakai untuk laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun 2016 dan bakal dikendalikan oleh Prasarana," katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#kelewatan perkhidmatan
#KL Monorel
#LRT
#prasarana
#tuntutan bayaran balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan