IPOH: Peningkatan penggunaan dadah sintetik dalam kalangan generasi muda di Perak kian membimbangkan, malah terdapat remaja dikesan terlibat dengan penggunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) seawal usia 13 tahun.
Penolong Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak A. Rueben berkata, trend penggunaan dadah ATS itu dikesan tahun lepas dengan melibatkan 68.7 peratus daripada keseluruhan 9,335 orang yang dikenal pasti terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negeri itu, tahun lepas.
Beliau berkata jumlah 9,335 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah itu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 8,300 orang pada 2019.
"Trend penagihan dadah di Perak mula beralih arah ke arah penyalahgunaan dadah jenis sintetik berbanding dadah jenis tradisional.
"Trend penagihan ini amat membimbangkan kerana majoriti pengguna ATS adalah dalam kalangan generasi muda berusia seawal 13 hingga 18 tahun selain belia berusia 19 hingga 39 tahun," katanya dalam sesi temubual bersama radio PerakFM hari ini.
Sementara itu, Rueben berkata terdapat 14 kawasan berisiko tinggi di lima daerah di negeri ini yang dikenal pasti mempunyai masalah dadah iaitu Ulu Kinta, Sungai Raja dan Sungai Terap di daerah Kinta, Batu Kurau dan Taiping (Larut Matang dan Selama), Parit Buntar, Bagan Serai dan Tanjung Piandang (Kerian), Durian Sebatang dan Changkat Jong (Hilir Perak) serta Pasir Salak, Kampung Gajah, Bota dan Lambor (Perak Tengah).
"Kita juga memilih kawasan Bota dan Taiping untuk kita fokuskan sebagai kawasan penghijauan. Berteraskan indikator kawasan berkenaan, terdapat pengurangan kes penagihan dadah sama ada penagih dadah baharu mahupun yang berulang pada tahun ini," katanya.
Reuben dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai supaya membuat aduan sekiranya terdapat aktiviti dadah di kawasan masing-masing.
"Pengadu boleh hadir ke pejabat AADK negeri atau pejabat AADK daerah dalam tempoh waktu bekerja untuk berunding bersama pegawai AADK atau boleh membuat panggilan atau menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada talian hotline AADK yang beroperasi 24 jam sehari di talian 019-6262233," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Trend penagihan dadah di Perak mula beralih arah ke arah penyalahgunaan dadah jenis sintetik berbanding dadah jenis tradisional. - Gambar hiasan
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
Semua pihak bertanggungjawab pastikan kanak-kanak, remaja tidak terlibat isu sosial - Nancy
Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Institusi keluarga kukuh berperanan bendung remaja terlibat jenayah - Ketua Polis Kelantan
Institusi kekeluargaan yang kukuh memainkan peranan penting bagi membendung remaja terlibat dengan masalah sosial dan jenayah.
Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal
Kedua-dua penunggang motosikal tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kenderaan masing-masing telah tamat tempoh cukai jalan.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.