awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghakiman rayuan kes Khir Toyo petang ini

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2015
04:19 MYT
Penghakiman rayuan kes Khir Toyo petang ini
Lima hakim Mahkamah Persekutuan dijadualkan akan bersidang petang ini dan membuat keputusan berhubung kes tersebut. Foto BERNAMA
Ketidaktentuan menyelubungi penghakiman rayuan kes rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang kini dimasukkan ke hospital.
Lima hakim Mahkamah Persekutuan dijadualkan akan bersidang petang ini dan membuat keputusan berhubung kes tersebut.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Istana Kehakiman Mohd Aizuddin Zolkeply dilaporkan The Malaysian Insider berkata, prosiding bagi memutuskan sama ada untuk menyampaikan keputusan mahkamah tertinggi itu akan dilakukan.
"Dalam kes jenayah, hakim perlu berkumpul dan mendengar apa sahaja permohonan daripada peguam," kata beliau dalam laporan The Malaysian Insider.
Panel peguam terlibat diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan.
Pada pagi Rabu, Dr Khir dikejarkan ke Hospital Selayang apabila rebah selepas pulang daripada berjoging di sekitar rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Topic Berkaitan
#bekas mb
#Hospital
#kes rasuah
#Khir Toyo
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan