awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan ditahan bantu siasatan kes baling bungkusan makanan

Bernama
Bernama
05/04/2023
07:39 MYT
Penghantar makanan ditahan bantu siasatan kes baling bungkusan makanan
Video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian itu turut tular menerusi media sosial. -Video tular
NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang penghantar makanan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di sebuah restoran, di sini, semalam.
Video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata pihaknya menjalankan siasatan kes itu selepas mengesan video berkenaan semalam menerusi satu akaun dipercayai milik restoran tersebut selain turut menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah.
"Menerusi video itu, didapati terdapat dua lelaki dipercayai penghantar makanan yang datang ke restoran tersebut dengan seorang daripadanya bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita yang terdapat di kaunter," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Norazmi berkata penghantar makanan berkenaan yang ditahan di daerah ini semalam, kini direman untuk siasatan lanjut.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian hotline 04-5858 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#baling bungkusan makanan
#video tular
#dua pekerja wanita di sebuah restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan