awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantaran kedua bantuan kemanusiaan untuk Palestin berlepas hari ini

Bernama
Bernama
10/11/2023
13:18 MYT
Penghantaran kedua bantuan kemanusiaan untuk Palestin berlepas hari ini
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan penghantaran itu melibatkan muatan sebanyak 16 tan barangan keperluan perubatan dan barangan bayi serta makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan. - Gambar fail/AP
PUTRAJAYA: Penghantaran kedua barangan keperluan utama bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza dijadual berlepas hari ini (Jumaat) melalui penerbangan kargo sewaan khas.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan penghantaran itu melibatkan muatan sebanyak 16 tan barangan keperluan perubatan dan barangan bayi serta makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.
Ops Ihsan merupakan kolaborasi unik merentasi agensi Kerajaan bersama lebih daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan bertujuan memastikan gerak atur proses bantuan lebih tersusun dan efektif di bawah seliaan kementerian.
"Kementerian ingin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin melalui Akaun Amanah Kebajikan Rakyat Palestin (AAKRP)," menurut kenyataan itu.
Sumbangan tunai boleh terus disalurkan dengan mengimbas Kod QR akaun AAKRP.
Untuk urusan pengeluaran resit, butiran penyumbang boleh diisi melalui pautan https://shorturl.at/begq8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantaran kedua
#bantuan kemanusiaan
#Palestin
#Gaza
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan