awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghargaan harus datang dari rakyat - Lim Guan Eng

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
17/10/2018
08:07 MYT
Penghargaan harus datang dari rakyat - Lim Guan Eng
Lim Guan Eng berkata penghargaan perlu datang dari rakyat yang berpuas hati dengan perkhidmatan mana-mana wakil rakyat. - Foto BERNAMA
Penerimaan darjah dan bintang kebesaran dilihat sebagai satu budaya kurang sihat yang tidak boleh diserap dalam budaya parti DAP.
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata penghargaan perlu datang dari rakyat yang berpuas hati dengan perkhidmatan mana-mana wakil rakyat.
“Keutamaan mesti diberikan kepada rakyat, bukan kita cuba naikkan diri dengan cara sedemikian.
“Itu adalah pendirian parti, kita tidak tuju kepada mana-mana pihak luar, saya harap ini tidak disalah anggap. Saya menghargai sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan yang menyatakan juga telah mengambil pendirian yang sama, iaitu menolak pingat yang ditawarkan,” kata Guan Eng kepada media di Lobi Parlimen, hari ini.
Tegas Guan Eng, DAP tidak mahu dilihat seperti kerajaan Barisan Nasional yang dianggap sering mengejar mendapatkan anugerah Datuk.
“Saya tidak jadi Datuk, tetapi saya telah pemimpin DAP selama ini. Itu lah mesej yang mahu disampaikan.
“Kalau kita nak jadi ahli poitlik yang berjaya, yang penting, kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat. Kita amat menghargai pingat yang diberikan tetapi saya rasa yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat,
"Janganlah kita berikan apa-apa gambaran seperti dulu nak merebut pingat. Saya tidak akan sebut lagi. Tapi budaya DAP mesti dikekalkan,” kata Guan Eng lagi.
Sebelum ini, Guan Eng pernah membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti DAP yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah.
BACA: Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
Menurutnya, tindakan pemimpin berkenaan tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu, sekali gus memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan.
Topic Berkaitan
#Bintang Kebesaran
#DAP
#darjah kebesaran
#Lim Guan Eng
#pingat
#pingat kebesaran
#rakyat
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan