Kekerapan hujan lebat sejak kebelakangan ini membawa mimpi ngeri buat penduduk di pangsapuri Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang hari ini apabila satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku.
Kejadian yang dipercayai berpunca daripada kegagalan struktur tanah akibat pergerakan air itu dikhuatiri menjejaskan Blok K dan L apartmen berkenaan.
Balai Bomba Kuala Kubu ketika dihubungi Astro Awani, telah mengesahkan kejadian tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berkenaan, Suhaili Abdul berkata, pihak Jabatan Kerja Raya sedang membuat kerja-kerja mengorek tanah bagi memeriksa tahap keseriusan dan mengambil langkah selanjutnya.
“Kejadian disedari semalam ketika hujan lebat. Penduduk mengesan berlakunya situasi geseran tanah berdekatan dengan Blok L apartmen ini. Buat masa ini, beberapa pihak seperti bomba dan JKR serta pihak polis sudahpun berada di tempat kejadian untuk tujuan kawalan dan keselamatan,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Suhaili, kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku. Empat tahun lalu kejadian seumpamanya pernah terjadi dan kini ramai pihak khuatir kerana ia berulang.
“Penghuni di Blok K dan L sudah menerima arahan untuk berpindah ke Sekolah KebangsaanTaman Bunga Raya sebagai langkah berjaga-jaga sementara kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan dijalankan.
“Namun pemindahan tersebut dijangka mula dijalankan selepas pukul 6 petang memandangkan ramai penduduk masih belum pulang ke kediaman mereka dari tempat kerja,” kata Suhaili.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini dan pihak JMB Apartmen Teratai berharap insiden ini dalam kawalan pihak berwajib.
Hamzah Hamid
Mon Oct 20 2014
Penghuni Blok K dan L Apartmen Teratai bersiap untuk dipindahkan
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Cerun disahkan stabil, penduduk Apartmen Teratai dibenarkan pulang - JKR
Pihak JKR telah mengambil langkah penyelesaian jangka pendek, susulan daripada kejadian tanah runtuh di Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya, Rawang minggu lalu.
Penghuni Blok K dan L Apartmen Teratai bersiap untuk dipindahkan
Aktiviti pergerakan tanah disedari semalam ketika hujan lebat dan kejadian sama pernah berlaku empat tahun dahulu.