awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/01/2025
03:30 MYT
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Muhammad Firdaus mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang penghuni pusat jagaan swasta pada Disember lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang penghuni pusat jagaan swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang penghuni lain, pada Disember lalu.
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian terhadap Muhammad Afiq Wafiuddin Lokeman, 25 tahun, dengan niat menyebabkan kematian.
Muhammad Firdaus yang berasal dari Pedas, Negeri Sembilan, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat jagaan swasta di Ipoh kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menghantarnya menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Menurutnya, dia pernah dua kali menjalani rawatan di hospital berkenaan selama sebulan dan enam bulan, sebelum ke pusat jagaan swasta sejak lapan tahun lalu.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dihantar ke hospital tersebut selama sebulan terlebih dahulu, untuk pemantauan.
Mahkamah turut menetapkan 18 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Vitthiyeswary manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#pusat jagaan swasta
#Ipoh
#Mahkamah Sesyen
#kematian rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan