awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiktirafan AstraZeneca: Malaysia akan minta penjelasan daripada EU - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
03/07/2021
07:57 MYT
Pengiktirafan AstraZeneca: Malaysia akan minta penjelasan daripada EU - Khairy
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, satu pertemuan akan dilakukan bersama wakil EU di Malaysia berhubung perkara itu. - Gambar fail/REUTERS
SERI KEMBANGAN: Kerajaan akan meminta penjelasan daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung dakwaan Sijil Digital COVID-19 Kesatuan Eropah (EU) hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca (AZ) yang diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, satu pertemuan akan diadakan bersama wakil EU di Malaysia berhubung perkara itu.
"Ini berita yang baru sahaja dikeluarkan, kita akan dapat penjelasan daripada Kesatuan Eropah (EU) dan saya sendiri akan cuba minta penjelasan lanjut wakil mereka di Malaysia.
"Pendirian Malaysia adalah sekiranya vaksin itu adalah diterima oleh WHO, maka kita mohon negara lain juga mengiktiraf mereka yang sudah diberi vaksin tersebut.
"Kedua, kita harap bahawa tiada diskriminasi daripada kilang mana vaksin itu datang. Kilang AZ guna formula sama, sama ada di EU, Korea Selatan, India ataupun Thailand, semua vaksin sama," jelas Khairy ketika ditemui dalam lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MINES, Seri Kembangan pada Sabtu.
Tegasnya lagi, tindakan mengasing-asingkan kilang tertentu adalah tidak adil terutama kepada negara yang mendapatkan vaksin AstraZeneca daripada negara lain.
"Bagi saya untuk mengasingkan kilang-kilang tertentu tidak adil, namun kita akan terus minta penjelasan Kesatuan Eropah dan minta mereka melihat vaksin lain," katanya lagi.
Malah katanya selain vaksin AstraZeneca, kerajaan juga jelasnya akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi berhubung isu yang sama.
"Perkara ini masih dalam perbincangan kita dan negara lain seperti Arab Saudi, sebahagian besar negara Islam seperti Indonesia, Pakistan dan Turki termasuk Malaysia guna vaksin negara China telah diiktiraf WHO.
"Jadi kalau Arab Saudi kata tidak iktiraf, macam mana jemaah daripada negara ini hendak ke tanah suci tahun depan contohnya. Ia perlu dibincang dan diperhalusi di peringkat antarabangsa, kita harapkan tiada diskriminasi," jelasnya lagi.
Malaysia antara negara yang menggunakan vaksin AstraZeneca daripada pengeluar SK Bioscience Korea Selatan dan Siam Bioscience Thailand.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#PICK
#PPV
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#AstraZeneca
#Kesatuan Eropah
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan