awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiktirafan rasmi negara Palestin langkah bersejarah ke arah keamanan serantau - Pesuruhjaya Tinggi

Bernama
Bernama
22/09/2025
13:05 MYT
Pengiktirafan rasmi negara Palestin langkah bersejarah ke arah keamanan serantau - Pesuruhjaya Tinggi
Ajay berkata UK mengiktiraf Palestin dengan sempadan sementara termasuk Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Gaza, yang akan dimuktamadkan dalam rundingan masa depan termasuk persetujuan pertukaran tanah. - @UKinMalaysia
KUALA LUMPUR: Pengiktirafan rasmi United Kingdom (UK) terhadap negara Palestin disifatkan bersejarah dan selaras dengan komitmen London terhadap keamanan serantau, kata Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia, Ajay Sharma.
"Perdana Menteri UK, Keir Starmer telah mengumumkan bahawa UK mengiktiraf negara Palestin. Ini adalah keputusan bersejarah yang mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri.
UK sentiasa menegaskan akan mengiktiraf negara Palestin di waktu ia memberi impak maksimum terhadap proses damai. Dengan situasi di Gaza dan Tebing Barat yang semakin merosot, harapan untuk pendamaian dan penyelesaian dua negara semakin pudar. Jadi, masanya adalah sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sebuah video berdurasi dua minit 50 saat yang dimuat naik di akaun rasmi Instagram Suruhanjaya Tinggi Britain, @ukinmalaysia. Video berkenaan disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
Ajay berkata UK mengiktiraf Palestin dengan sempadan sementara termasuk Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Gaza, yang akan dimuktamadkan dalam rundingan masa depan termasuk persetujuan pertukaran tanah.
"Kami sedang bekerjasama dengan negara-negara serantau dalam Kerangka Pendamaian -- satu siri langkah yang boleh membawa daripada gencatan senjata kepada penyelesaian dua negara," katanya.
Menurut beliau, UK juga mengumumkan tambahan GBP15 juta untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk penjagaan perubatan kepada mereka yang memerlukan.
"Masih banyak perlu dilakukan. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan sekutu untuk menyokong usaha menuju perdamaian...," katanya.
Pada Ahad, pengiktirafan rasmi kenegaraan Palestin oleh UK, Kanada dan Australia menjelang sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah disambut baik oleh Palestin.
Palestin berkata langkah itu akan melindungi penyelesaian dua negara dan membantu mewujudkan keamanan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Palestin merakamkan penghargaan kepada ketiga-tiga negara atas "keputusan berani" mereka untuk secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, yang disifatkan sebagai selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi sah PBB.
-- BERNAMA
"Yesterday the UK PM - Sir Keir Starmer - announced that the UK recognises the State of Palestine. This is a historic decision that reflects our longstanding commitment to peace and stability in the region, and our support for the Palestinian peoples right to self-determination pic.twitter.com/MhK2kf51iU
— UK in Malaysia (@UKinMalaysia) September 22, 2025
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#iktiraf Palestin
#Ajay Sharma
#Pesuruhjaya Tinggi UK
#keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan