awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiring, baju kalis peluru antara cadangan SOP pegawai kastam

Bernama
Bernama
13/05/2013
09:49 MYT
Pengiring, baju kalis peluru antara cadangan SOP pegawai kastam
Penggunaan pengiring keselamatan dan pemakaian baju kalis peluru adalah antara cadangan penambahbaikan yang akan dimasukkan dalam rangka baharu Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan membabitkan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kajian semula SOP itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat dan akan terpakai kepada semua pegawai kanan kastam termasuk di peringkat negeri. Rangka baharu ini kita lihat dari setiap aspek dalam sudut keselamatan dan ia menyeluruh. Kita telah adakan mesyuarat dan kita akan perhalusi dalam masa terdekat ini, katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau mengulas perkembangan kajian SOP itu setelah pada 26 April lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Susulan kes itu, polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun di Petaling Jaya pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Mengenai perkembangan siasatan dalaman oleh pihaknya, Khazali berkata beberapa anggota kastam telah dipanggil untuk diambil keterangan. "Keterangan tersebut diambil bagi membantu siasatan yang dilakukan pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. Katanya hasil laporan siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#baju kalis peluru
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan