awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah

Bernama
Bernama
10/08/2024
21:15 MYT
Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah
Dr Joachim berkata dengan cara itu, kerajaan negeri dapat menggunakan sumber kewangan yang ada untuk membiayai pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur lain demi kesejahteraan rakyat. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta untuk turut sama melaksanakan projek pembangunan yang mampu membantu rakyat dan mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri.
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata dengan cara itu, kerajaan negeri dapat menggunakan sumber kewangan yang ada untuk membiayai pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur lain demi kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata ia juga adalah kaedah bagi membantu agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) memperkukuh sumber kewangan dan membuka peluang untuk melebarkan kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah.
"Dalam konteks ini, kita yakin bahawa dengan kerjasama yang jitu di antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan khususnya LPPB serta dengan sokongan sektor swasta, kita berupaya melaksanakan pelbagai agenda pembangunan untuk kepentingan negeri dan rakyat.
"Fokus dan pendekatan yang strategik adalah amat penting untuk melonjakkan pembangunan dan kedudukan Sabah," menurutnya dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembangunan Bercampur LPPB-88 Avenue di Kepayan Ridge di sini pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Pengerusi LPBB Datuk Masiung Banah serta dua Pengarah Mega City Builder Sdn Bhd Datuk iaitu George Yong dan Michael Chin.
Dr Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, turut menzahirkan keyakinan bahawa pembangunan projek 88 Avenue akan menjadi kebanggaan masyarakat Kepayan dan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
"Pembangunan seumpama ini sudah pasti berupaya menyediakan pelbagai kategori perumahan kepada masyarakat di sini mengikut keperluan dan kemampuan. Bagi yang mencari rumah, tidak perlu pergi jauh, di sini 88 Avenue Kepayan Ridge sudah ada.
"Projek ini akan dibangunkan secara usaha sama di antara pihak swasta dan LPPB. Konsep ini diamalkan bagi mewujudkan kerjasama positif bermotifkan pembangunan holistik yang membawa faedah dan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Beliau turut mengingatkan LPPB dan Megacity Builder untuk sentiasa menjaga kualiti pembinaan rumah dan kedai agar bangunan yang ditawarkan mampu menjadi aset idaman berkualiti serta memenuhi keperluan pembeli sejajar dengan pendekatan Malaysia MADANI iaitu keperluan dan hak rakyat dapat dipenuhi secara optimum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penglibatan swasta
#Sabah
#projek pembangunan
#Joachim Gunsalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan