Penyertaan anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada eksesais Rim of the Pacific (Rimpac) 2018 di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat bermula 27 Jun lepas bukan satu pembaziran, kata Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Beliau sebaliknya berkata penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.
"Perjalanan KD Lekiu ke Hawaii dengan jarak lebih 11,000 kilometer mengambil masa 33 hari jelas membuktikan aset TLDM diselenggara dengan baik walaupun sudah berusia, dan sentiasa berdaya saing setaraf pasukan tentera laut negara asing," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TLDM di sini hari ini.
Beliau berkata anggota dan pegawai TLDM turut memperoleh manfaat apabila berpeluang menjalani latihan bersama pasukan pelbagai negara dalam usaha memperkasa strategi ketenteraan dan menambah ilmu dari pelbagai aspek.
"Manfaat yang diperoleh daripada penyertaan TLDM begitu berharga," katanya sambil menambah TLDM telah memenangi satu kategori pertandingan inovasi pada Rimpac 2018 selain menerima beberapa penghargaan lain.
Seramai 150 pegawai dan anggota KD Lekiu mula belayar ke Hawaii pada 25 Mei lalu untuk menyertai eksesais itu bermula 27 Jun hingga 2 Ogos. Ia melibatkan 27 negara termasuk Kanada, Australia, Vietnam dan tuan rumah Amerika Syarikat.
Ia menyaksikan kehadiran 52 kapal, lima kapal selam, 29 pesawat rondaan maritim, 200 pesawat pejuang dan helikopter dengan penyertaan lebih 25,000 anggota.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018

Ahmad Kamarulzaman berkata anggota dan pegawai TLDM turut memperoleh manfaat apabila berpeluang menjalani latihan bersama pasukan pelbagai negara dalam usaha memperkasa strategi ketenteraan dan menambah ilmu dari pelbagai aspek. - Gambar fail

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Politik | Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.

'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie
Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan
Lebih 300 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengebumian itu yang dilakukan mengikut istiadat pengebumian pegawai kanan TLDM.

Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.

Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sifatkan pihak terlibat mengambil kesempatan akibat terdesak hingga sanggup memutar belit kenyataannya.

TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain.

Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM bakal menerima secara berperingkat kapal misi pesisir, Littoral Mission Ship (LMS) mulai 2019.

Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.

10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM
Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.

Armada TLDM dipecahkan kepada pemerintahan Armada Barat dan Timur - Panglima TLDM
Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dipecahkan kepada dua iaitu pemerintahan Armada Barat dan Armada Timur untuk memberi tumpuan dan perhatian yang tinggi kepada keselamatan.