KUALA LUMPUR: Di sebalik peserta acara perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini yang berbaju celoreng dan pelbagai seragam pasukan keselamatan, 'terselit' kontinjen jurumasak berbaju putih, berseluar hitam lengkap topi tinggi atau toque yang turut berkawad bersama barisan wira negara.
Julung kali dilihat menyertai acara sedemikian, ia mungkin mencetuskan tanda tanya segelintir penonton di Dataran Merdeka mengapa kontinjen wira tidak didendang melibatkan lebih 40 cef atau jurumasak daripada Persatuan Jurumasak Malaysia itu turut melakukan lintas hormat.
Hakikatnya, ketangkasan mereka 'bersilat' di dapur dengan 'bersenjatakan' sudip dan senduk adalah antara kumpulan yang memainkan peranan penting sebagai penyedia makanan sedia di hospital ketika kapasiti wad hospital dipenuhi pesakit COVID-19 semasa wabak tersebut mula 'menyerang' negara pada awal 2020.
Semasa lalu di hadapan Pentas Diraja, kontinjen cef turut menarik perhatian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berdiri, ceria sambil melambaikan tangan kepada kontinjen ini.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Mengimbas semula detik hitam tersebut presiden persatuan itu Khairuddin Kamarudin berkata pihaknya tanpa teragak-agak bersetuju membantu menyediakan makanan di beberapa hospital yang ketika itu memerlukan perkhidmatan mereka susulan sebahagian besar penyedia makanan sedia ada tidak dapat bertugas akibat dijangkiti wabak.
"Ramai yang khuatir dan bertanya 'tak takut ke dijangkiti COVID-19?', tapi kami bertawakal dan ambil ia sebagai cabaran dan tanggungjawab membantu dan menyumbang kepada masyarakat.
"Tambahan pula ramai cef dalam tidak boleh meneruskan khidmat di hotel yang pada ketika itu ditutup, kami tidak mahu hanya berpeluk tubuh di rumah," katanya kepada Bernama.
Khairuddin berkata memastikan makanan bernutrisi dan disediakan mengikut keperluan diet pesakit yang berbeza antara cabaran dalam menyediakan makanan dalam tempoh itu.
"Kami sentiasa berwaspada dan teliti dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi elak terkena jangkitan COVID-19 kerana bimbang operasi memasak melibatkan pasukannya akan terjejas," katanya.
Teruja dan berbangga dapat menyertai acara pada hari bersejarah negara itu sebagai sepasukan jurumasak, Khairuddin menyifatkan peluang itu ibarat bulan jatuh ke riba.
"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lima tahun kami memohon peluang ini, akhirnya tahun ini diberi rezeki , tentunya ia penghargaan yang amat bermakna buat kerjaya kami, " katanya.
Beliau berkata pihak yang bertanggungjawab menghantar makanan kepada pesakit juga perlu menjalani pelbagai proses rumit seperti disanitasi sebaik mungkin sebelum masuk ke dapur.
Bercerita lanjut, beliau yang berpengalaman 28 tahun dalam industri itu berkata kerjaya tersebut juga menuntut pelbagai pengorbanan termasuklah masa bekerja mencecah 18 jam sehari selain terpaksa melupakan masa bersama keluarga demi memastikan penyediaan makanan terbaik.
"Jadi jangan sesekali pandang remeh dengan pekerjaan cef kerana bukan semua mampu melakukannya kerana memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi," katanya.
Khairuddin berkata pihaknya juga sering turun padang membantu menyediakan makanan untuk mangsa bencana alam termasuk banjir dalam negara serta gempa bumi di Palu, Indonesia.
Beliau berkata jurumasak Malaysia juga banyak mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan memasak di peringkat antarabangsa antaranya WorldSkillsAbu Dhabi dan Luxembourg Culinary World Cup dan Asean Skill Competition di Bangkok, yang sekali gus memperkenalkan produk makanan tradisional negara di mata dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Reaksi ceria Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berdiri sambil melambaikan tangan kepada kontinjen cef dari Pentas Diraja. -Bernama
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.