awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan agresif pastikan peniaga tidak 'untung atas angin', selewang barang bersubsidi - Armizan

Bernama
Bernama
16/12/2023
14:55 MYT
Penguatkuasaan agresif pastikan peniaga tidak 'untung atas angin', selewang barang bersubsidi - Armizan
Armizan berkata pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dengan peniaga berperlakuan sebegitu, justeru penguatkuasaan yang agresif dilaksanakan kementerian bagi memastikan perkara itu tidak lagi terjadi. - Gambar fail/Astro AWANI
PAPAR: Peniaga di negara ini diingatkan tidak sesekali mengaut 'untung atas angin' dengan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang diberikan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat, terutama ketika berdepan dengan isu kos sara hidup masa kini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dengan peniaga berperlakuan sebegitu, justeru penguatkuasaan yang agresif dilaksanakan kementerian bagi memastikan perkara itu tidak lagi terjadi.
Beliau berkata penguatkuasaan agresif undang-undang berkaitan akan dilakukan seperti Akta Kawalan Bekalan, Akta Perlindungan Pengguna, dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan seterusnya memastikan hak pengguna serta rakyat dilindungi.
"Kedua aspek pelaksanaan subsidi yang ada kita lihat dengan teliti. Isu ketirisan, penyelewengan kita tidak mahu berlaku bagi pastikan subsidi itu betul-betul sampai ke sasaran, saya tidak nafikan memang berlaku ketirisan dan penyelewengan, tetapi tahap dia belum dapat disahkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan satu majlis perjumpaan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph di sini malam ini.
Armizan berkata ketika memangku jawatan menteri itu sebelum ini, beliau bersama-sama kementeriannya telah melaksanakan audit pada Oktober lepas untuk pelaksanaan minyak masak paket bersubsidi yang didapati berlaku ketirisan dan penyelewengan.
"Ada yang menyorok bekalan dan paketkan semula minyak masak ini ke dalam botol sebelum dijual dengan harga botol (lebih mahal), ini berlaku dan kita dapat kesan serta ambil tindakan," katanya.
Beliau berkata audit minyak masak paket bersubsidi itu pada masa ini sedang berjalan sehingga Mac tahun depan, sebelum laporan hasil audit itu akan dibentangkan kepada kerajaan bagi mengenal pasti mekanisme berkesan membolehkan subsidi itu benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan.
"Bagi saya, ini satu daripada perkara yang kita tidak boleh berkompromi, nasihat saya kepada mereka terlibat juga syarikat dilantik supaya bagus-bagus lah berniaga, jangan berniaga cari untung atas subsidi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh golongan memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penguatkuasaan agresif
#peniaga
#untung atas angin
#kpdn
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan