awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan had masa operasi kedai makan, restoran di Kelantan tetap dilaksanakan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/10/2019
07:20 MYT
Penguatkuasaan had masa operasi kedai makan, restoran di Kelantan tetap dilaksanakan
Menurut Mohd Amar, pihak polis pernah mencadangkan supaya waktu berniaga dihadkan kerana antara faktor berlaku masalah sosial di Kelantan kerana premis perniagaan beroperasi lewat malam. - Gambar fail
Penetapan had masa operasi kedai makan dan restoran di Kelantan tetap akan dilaksanakan tahun depan selepas rakyat dan peniaga di negeri ini diberikan penerangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, PBT.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimana pun berkata tarikh penguatkuasaan itu nanti akan ditentukan oleh PBT.
Peraturan itu katanya sudah tertulis dalam permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, namun tidak dikuatkuasakan sehinggalah kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakannya bermula tahun depan.
“Sebenarnya dalam lesen in i telah ditulis dari dulu lagi waktu berniaga setakat 12 malam cuma tiada penguatkuasaan, tahun 2015 MPKB pernah mengeluarkan pekeliling.
“Tahun depan itu kita serah kepada PBT mereka akan tentukan tarikh sesuai, dalam lesen dah sebut dan kedua waktu Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dahulu polis cadangkan waktu berniaga dihadkan kerana antara faktor berlaku maslah sosial kerana premis beroperasi lepas jam 12 malam,” katanya selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, siang tadi.
Katanya lagi, tujuan mengehadkan operasi itu bagi mengekang aktiviti tidak sihat dan gejala sosial melibatkan anak muda Kelantan selepas pihak kerajaan mengambil kira saranan pihak polis.
Katanya pihak polis pernah mencadangkan supaya waktu berniaga dihadkan kerana antara faktor berlaku masalah sosial di Kelantan kerana premis perniagaan beroperasi lewat malam.
Tambah Mohd Amar lagi, perincian mengenai kategori kedai, premis, termasuk restoran makanan segera dan juga kedai 24 jam akan dijelaskan oleh PBT selepas ini.
Katanya, sesi penerangan oleh PBT kepada peniaga akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan ini.
Kerajaan negeri juga berpandangan tiada keperluan untuk rakyat Kelantan makan lewat sehingga jam 12 malam kerana ianya juga dilihat tidak baik untuk kesihatan.
Bahkan peraturan ini juga tidak merencatkan sektor pelancongan di negeri itu kerana waktu makan biasanya diamalkan pada waktu awal malam.
Topic Berkaitan
#Kedai makan
#Kelantan
#kesihatan
#menteri
#Mohd Amar Nik Abdullah
#pbt
#pelancongan
#peniaga
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan