KULIM: Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, ia sebagai langkah yang paling baik dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi pada kadar maksimum dan tidak berlaku sebarang penularan COVDI-19 melibatkan tempat kerja.
Beliau menegaskan bahawa penguatkuasaan akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang pengecualian ke atas mana-mana pihak dan para majikan digesa untuk mematuhi semua peruntukan Akta 446 serta peraturan-peraturan di bawahnya.
"Ordinan (darurat) memang dilakukan akibat berlakunya COVID-19, jadi memang semua terkesan dari segi kewangan.
"Jadi kalau sektor construction (pembinaan) minta (tangguh) kerana terkesan, kita rasa kita tak boleh pertimbangankan lagi buat masa sekarang. Kita akan teruskan perbincangan, tunggu (tetapi) masa sekarang ini selagi tidak ada (sebarang perubahan), kita teruskan akta 446.
"Dalam keadaan sekarang, saya mohon semua pihak beri kerjasama... semua sektor juga beri kerjasama untuk kita laksanakan," katanya kepada pemberita, di sini.
Awang berkata demikian ketika sidang media selepas Operasi Bersepadu Khas Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 di beberapa buah kilang dan kediaman pekerja di Kulim pada Jumaat.
Pada Khamis, pemain industri pembinaan meminta kerajaan menangguhkan selama setahun penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
BACA: Akta 446: Industri pembinaan mohon tangguh setahun
Dalam satu kenyataan bersama yang dibuat, Master Builders Association Malaysia dan lima persatuan kontraktor lain berkata mereka memerlukan masa untuk mematuhi pindaan tersebut disebabkan kekangan kewangan akibat peningkatan kos pembinaan selain pertambahan kos pematuhan prosedur operasi standard COVID-19.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan Akta 446 yang melibatkan pelbagai agensi tersebut juga boleh menimbulkan masalah lain kepada kontraktor kerana ada kemungkinan berlaku salah tafsiran terhadap peruntukan undang-undang berkenaan disebabkan kurang pemahaman dalam kalangan penguatkuasa.
Abd Hadi Che Awang
Fri Feb 26 2021
Datuk Awang Hashim (kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Ir Zailee Dollah mengadakan sidang selepas Operasi Penguatkuasaan Pematuhan Akta 446 di Jabatan Tenaga kerja Cawangan Kulim hari ini. - Foto BERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446
Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).
Gagal patuhi Akta 446, ramai majikan masih sediakan asrama 'meloyakan'
Terdapat kes pekerja warga asing dari Nepal, Myanmar dan Bangladesh terpaksa berhimpit di ruang yang kecil.
Akta 446: Belum sesuai naikkan denda syarikat pembinaan langgar SOP - Saravanan
Setakat ini di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), syarikat yang melanggar SOP dikenakan kompaun berjumlah RM50,000.
KSM cadang naik denda RM500,000 kepada majikan abai pekerja
Kementerian Sumber Manusia bercadang menaikkan denda maksimum daripada RM50,000 kepada RM500,000 terhadap majikan yang mengabaikan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu
Operasi pada Jumaat membabitkan pemeriksaan ke atas 299 kilang dan 60 pekerja warga asing.
745 kertas siasatan dibuka terhadap majikan langgar Akta 446
Daripada jumlah itu sebahagiannya telah didenda dan dikenakan kompaun berjumlah lebih RM3.4 juta.
MBAM mohon tempoh penangguhan setahun patuhi pindaan Akta 446
Penangguhan itu akan memberi peluang kepada industri untuk lebih bersedia dari segi masa dan kewangan untuk mematuhi syarat pindaan terkini.
Top Glove mengaku tidak bersalah gagal sedia penginapan pekerja ikut standard
Syarikat itu yang diwakili seorang pengarah membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurashima Khalid.
Pematuhan Akta 446 penting untuk lindungi hak asasi pekerja - Fadillah
Pematuhan terhadap akta berkenaan juga amat penting dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.
Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim
Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).