KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia adalah susulan daripada pertemuan secara maya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama presiden dan ketua pegawai pelaburan Google, Ruth Porat serta beberapa lagi pengurusan kanan syarikat gergasi teknologi itu pada Isnin.
"Saya dan Menteri Digital Gobind Singh Deo turut hadir dalam mesyuarat maya ini. Antara perbincangan adalah pelaburan di dalam negara kita yang akan diumumkan jumlahnya selepas diluluskan.
"Saya difahamkan pengumuman ini akan dibuat dalam masa terdekat," katanya kepada media selepas majlis makan malam meraikan delegasi Arab Saudi ke Malaysia malam tadi.
Antara isu lain yang dibincangkan adalah dari segi pertukaran kepakaran, reskilling and upskilling rakyat Malaysia dalam tiga sektor terutamanya pendidikan, agrikultur dan kesihatan, kata Tengku Zafrul.
Kementerian Digital akan menyelaraskan penggunaan digital AI manakala dari segi pelaburan, MITI bersama-sama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang membuat persiapan akhir bersama Google, katanya.
Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sesi itu merupakan susulan daripada pertemuan mereka di Amerika Syarikat (AS) tahun lepas.
Beliau berkata ketika sesi tersebut Ruth memaklumkan kemajuan rangka tindakan bidang yang boleh diperluaskan pihaknya di Malaysia berdasarkan penerangan sebelum ini oleh Perdana Menteri mengenai misi dan tumpuan kerajaan Malaysia.
Pada November 2023, kerajaan Malaysia dan Google mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Tengku Zafrul berkata ia adalah susulan daripada pertemuan secara maya Perdana Menteri bersama Ruth Porat serta beberapa lagi pengurusan kanan Google pada Isnin. - Gambar fail
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.