Pengundi bukan Islam di kawasan Parlimen Sungai Besar telah dinasihatkan supaya tidak risau dengan usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 kerana ia tiada kaitan dengan hudud.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata usul itu hanyalah cadangan memperkasakan Mahkamah Syariah dan ia tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekarang Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan dan hukuman ini sudah tiba masanya wajar dipinda.
"Usul berkenaan hanya untuk meminda undang-undang yang telah sedia ada di Malaysia dan bukan untuk membuat undang-undang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JPAM, Datuk Ogu Salim Omar.
Anggota Parlimen Tanjung Karang itu berkata, isu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul berkenaan sengaja dipolitikkan bagi menunjukkan seolah-olah wujud kerjasama antara UMNO dengan PAS.
"Tidak wujud sebarang kerjasama atau hubungan. Malah di kedua-dua pilihan raya kecil (PRK), di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, UMNO dan PAS meletakkan calon masing-masing," katanya.
PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas pesawat helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Kedua-dua PRK diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.
Bernama
Sun May 29 2016
Noh bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melancarkan Jentera Bermotor Pemuda BN Sungai Besar pada majlis penutup Karnival Sukan BN Sungai Besar di Padang SMJK Yoke Kuan, Sekinchan. - fotoBERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.
"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.
PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.
Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.
Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.
Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.