Penentu parti mana yang akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bukannya pengundi Cina tetapi kumpulan pengundi Melayu.

Tokoh politik veteran, Tan Sri Abdullah Ahmad berpendapat, cabaran besar yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU-13 nanti ialah menentukan calon UMNO dan Barisan Nasional yang boleh diterima oleh pengundi di kawasan majoriti Melayu.

Jelas beliau, PAS dan PKR boleh membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya sekiranya dua parti itu menang sehingga 60 atau 70 kerusi kawasan Melayu.

"Saya tak nampak itu akan berlaku kecuali calon UMNO, calon Barisan (Nasional) muka lama, orang yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai kelayakan, tidak disegani. Najib punya problem sekarang ialah calon. Orang sekarang nak tengok calon, siapa dia. Kalau calon baik, okay," katanya.

Abdullah ditemubual dalam program Agenda Awani pada Jumaat.

Ikuti petikan wawancara berkenaan yang dikendalikan oleh Pengarang Majalah TV Astro Awani, Nazri Kahar.