awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi tertua Permatang Pauh tetap akan tunaikan tanggungjawab

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/04/2018
07:48 MYT
Pengundi tertua Permatang Pauh tetap akan tunaikan tanggungjawab
Othman Daud atau lebih dikenali sebagai Pak Long tetap bersemangat untuk mengundi pada PRU-14 walaupun usianya kini mencecah 106 tahun.-Astro AWANI
'‘Jika umur panjang, Pak Long masih lagi mahu mengundi…’’
Itu semangat Othman Daud, pengundi paling tua di Parlimen Permatang Pauh walaupun usianya kini mencecah 106 tahun.
Othman yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long dari Kampung Tanah Liat bagaimanapun mengakui kesihatannya sedikit merosot sekali gus pergerakannya sedikit terbatas.
Namun katanya, pada usia sekarang, penglihatannya masih baik dan masih mampu membaca Al-Quran atau akhbar.
Undi tua
Othman Daud menunjukkan semakan Daftar Pemilih SPR bagi memastikan kawasan mengundinya pada PRU-14 nanti.-Astro AWANI
''Saya nak pergi mengundi kalau boleh pergi. Saya masih boleh mengundi, menulis juga masih boleh, hendak pangkah kertas undi macam manapun masih boleh.
''Matapun masih terang, Al-Quran boleh baca Surah Yassin boleh baca lagi,'' katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pak Long kini tinggal bersama adiknya perempuannya yang berusia 80 tahun serta cucu saudara lelaki berusia 16 tahun.
Pak Long bagaimanapun berharap ada pihak yang sudi membawanya ke pusat pembuangan unding kerana keadannya yang semakin uzur dan kurang berupaya untuk berjalan sendiri.
Sementara itu, adiknya, Ramlah Daud, 80 tahun berkata, beliau bersyukur abang sulungnya itu masih sihat walapun pergerakannya kini agak terbatas.
Pengundi tua
Ramlah Daud akan bergilir-gilir untuk ke pusat pengundian dengan abangnya setiap kali pilihan raya umum.-Astro AWANI
Seperti kebiasaan katanya, setiap kali hari mengundi, dia dan abangnya akan bergilir untuk ke pusat pengundian dan mengharapkan jiran-jiran untuk menumpangkan mereka.
''Saya tak ingat berapa kali tapi biasanya orang datang ambil samalah dengan Anjang (Pak Long) tapi kami tidak boleh pergi kerana susah untuk tinggalkan rumah.
''Anjang selalu pergi selepas sembahnyang Zohor dan selalunya ada orang akan datang ambil. Saya tak kisah siapa yang datang, janji boleh mengundi,'' ujarnya.
Dalam Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya kedua-dua mereka adalah pengundi bagi Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#lelaki
#Parlimen
#Pengundi Tertua
#Permatang Pauh
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#rumah
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan