Air terjun Lata Meraung di Kampung Sungai Kiol, Jerantut, yang dahulunya jernih kini menjadi keruh sejak dua tiga minggu lalu.
Bukan sahaja keruh, bahkan paras air yang dahulunya diakui dalam oleh penduduk tempatan, kini semakin cetek sekadar paras pinggang kerana dipenuhi selut.
Punca air di Lata Meraung datangnya dari Sungai Ulu Cheka namun penduduk tidak pasti dari mana bermulanya kekeruhan tersebut tetapi penduduk tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pembalakan berlaku di sekitar kawasan air terjun itu.
Seorang pengunjung dari Johor, Aidi Idrus, 41 tahun, berkongsi rasa terkejut apabila tiba di Lata Meraung kerana beranggapan air di situ sepatutnya jernih memandangkan sekarang bukan musim hujan.
"Bila kita datang ni, harapan kita dapat tengok air jernih dan air terjun yang cantik, dengan dia punya latar belakang alam semula jadi. Tapi bila sampai sini tengok air keruh.
"Jadi kecewa jugalah, datang jauh-jauh tengok air keruh. Tak sepatutnya berlaku di kawasan hutan rizab macam ni sebab ikutkan sekarang ni musim kemarau. Musim kering sepatutnya air jernih," keluhnya.
Seorang penduduk tempatan, N. Anan, 36 tahun, pula berkata, keadaan itu amat mengecewakannya yang sering menjadikan Lata Meraung sebagai lokasi beriadah hampir setiap minggu.
"Dulu air di sini memang bersih dan tak kotor macam sekarang. Air teruk, warna pun coklat. Nak turun mandi pun tak lalu sekarang ni. (Keadaan) ini sudah lebih kurang dua tiga minggu ni. Sebelum ni memang tak ada macam ni," ujarnya.
Bagi pengunjung dari Perak, Yusuf Laldin, 67 tahun, yang datang bercuti bersama keluarganya ternyata kecewa dengan apa yang terbentang di hadapan matanya.
Harapan beliau untuk melihat keindahan Lata Meraung meleset kerana air sungai dan air terjunnya kekuningan dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
"Air ada bau. Mandi pun tak ada 'selera'. Bau sikit. Tak elok. Biasa air bersih tapi ini hari sudah lain macam. Tak elok," katanya.
Penduduk dari Padang Piol Jerantut Pahang, Raja Mariam Raja Kasim, 61 tahun, berharap pihak berwajib memantau keadaan di situ kerana air yang keruh mengundang pemandangan kurang senang lebih-lebih lagi terhadap pengunjung luar.
"Mak cik selalu pergi bahagian luar berdekatan padang golf dengan anak anak dan keluarga. Hari ni (semalam) datang tengok air keruh, masuk ke dalam bahagian air terjun pun keruh juga.
"Sedih juga bila tengok situasi macam ni. Sebab sebelum ni air jernih, cantik. Kalau pelancong asing datang sini, rakyat Malaysia malulah. Pelancong pun ada yang masuk ke sini. Setahu saya sungai ni jadi sumber air penduduk di perkampungan Orang Asli berdekatan," jelasnya.
Menurut maklumat dari Tok Batin di Kampung Orang Asli Sungai Kiol, terdapat sejumlah 202 keluarga dengan 805 penduduk Orang Asli tinggal di kampung berhampiran.
Sebanyak 30 buah rumah yang masih menggunakan sumber air dari Lata Meraung manakala sebahagian besar penduduk yang lain menggunakan air bekalan dari Jabatan Bekalan Air.
Walaupun hanya sebahagian kecil yang mengunakan air tersebut untuk makan, minum dan mandi namun dikhuatiri sekiranya air yang tercemar akan berikan kesan pada kesihatan penduduk.
Seorang lagi penduduk Orang Asli, Roslan Idris, 50 tahun, juga berharap pihak berkuasa memantau aktiviti pembalakan berdekatan perkampungan tersebut serta membaik pulih Lata Meraung untuk kemudahan pengunjung.
"Saya minta minta sangatlah jasa baik pihak berkuasa, tolong pantau tentang hal air ini.
"Kalau dah tercemar macam ni, tak seronoklah. Yang kena kita orang kampung juga," katanya.
Tinjauan juga menemui satu notis yang ditampal pada kaunter di pintu masuk taman eko rimba tersebut oleh Jabatan Perhutanan Jerantut. Ia memaklumkan bahawa lokasi itu ditutup seketika sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Air terjun itu terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Jerantut yang turut menempatkan Taman Eko Rimba Lata Meraung. Lokasinya terletak kira-kira 16 kilometer (km) dari bandar Jerantut dan kira-kira 205km dari bandar Kuantan, menjadi tumpuan pengunjung sejak ia dibuka pada tahun 1991.
Mohd Zalani Md Atan
Sat Aug 25 2018
Keadaan dikawasan air terjun Lata Meraung, Kampung Sungai Kiol, Jerantut yang berubah menjadi keruh dipercayai akibat aktiviti pembalakan.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Lelaki dihanyutkan arus deras ditemukan lemas
Mangsa ditemui pada jam 6.38 petang selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Remaja lemas ketika mandi bersama rakan di Air Terjun Pecah Batu
Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Aqif Mikhail Ali Arafat, 15, dikatakan mandi di sungai berkenaan bersama beberapa rakannya.
Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun
Bomba menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan tujuh lelaki dewasa yang juga penuntut IPT di Kuantan, Pahang mandi di kawasan itu.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
Remaja lemas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan
Mangsa dikatakan mandi bersama empat rakan sekitar 1.30 tengah hari sebelum dia didakwa terkapai-kapai meminta tolong.
Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air
Selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Orang ramai diminta peka dengan sebarang perubahan keadaan, paras ketinggian air
Perubahan ini merupakan antara indikator untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku.
Lelaki parah terjatuh ketika mandi di air terjun
Seorang lelaki parah selepas tergelincir dan jatuh pada ketinggian lebih 15 meter di kawasan air terjun Seri Perigi, pada Rabu.