MERSING: Pengunjung yang ingin melakukan aktiviti air khususnya di lima kepulauan utama di daerah ini dinasihat agar lebih berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca berikutan peralihan monsun yang diramal sehingga Mac tahun depan.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, malah nelayan di kawasan berkenaan juga perlu mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan laut terlebih dahulu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ke laut.
"Mereka perlu mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, namun jika ada individu terpaksa melakukan aktiviti air ketika cuaca tidak menentu, kita minta mereka memaklumkan kepada agensi berkaitan sebagai langkah persediaan awal.
"Selain itu, kita juga mohon kepada pengunjung, nelayan dan penduduk supaya tidak bersikap sambil lewa dan memandang ringan terhadap situasi arus deras serta angin kencang yang merupakan antara punca berlakunya kemalangan di kawasan pantai dan perairan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai juga perlu memastikan segala kelengkapan dan peralatan bagi aktiviti air berada dalam keadaan baik termasuk menggunakan khidmat pengusaha pelancongan berdaftar bagi memudahkan siasatan jika berlaku kejadian tidak diingini.
Katanya orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor 07-2199404 untuk sebarang aduan jenayah atau kecemasan.
Lima pulau utama di Mersing adalah Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
MetMalaysia sebelum ini meramalkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022 susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 Nov dan berterusan sehingga Mac tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Nelayan di kawasan itu juga perlu mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan laut terlebih dahulu daripada MetMalaysia sebelum ke laut. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Monsun: Kerajaan akan perkenal dasar pengurusan risiko bencana negara
Kerajaan akan memperkenalkan dasar pengurusan risiko bencana negara sebagai langkah persediaan menghadapi fasa peralihan monsun.
Selut di Sungai Batu disebabkan fenomena semula jadi - PIC
Keadaan semula jadi kawasan pesisiran pantai Pulau Pinang Selatan adalah kawasan dataran lumpur dan ia turut disahkan semasa penyediaan laporan EIA.
Banjir: 20 maut, 5.2 juta penduduk terjejas di Bangladesh
Banjir itu disebabkan oleh hujan monsun tanpa henti sekali gus menyebabkan limpahan air sungai.
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Pengusaha 'kepok' lega cuaca semakin baik di Terengganu
Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, berkata bekalan keropok keping di kedainya semakin berkurang akibat hujan sejak awal bulan ini.
Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya
Sungai Kelantan merekodkan bacaan 25.96m melebihi paras bahaya 25m, manakala Sungai Nal mencatatkan bacaan 27.57m melebihi paras bahaya 25m.
10 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Sebanyak 10 sungai di lima daerah di Terengganu melepasi paras bahaya setakat 3.15 petang ini susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
Bangladesh rekod lebih 300 kematian akibat denggi dalam tempoh sebulan
Bangladesh terus mencatat rekod terburuk bagi kematian akibat wabak denggi dengan mencatat 396 kematian pada September.