awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu

Bernama
Bernama
21/03/2024
15:55 MYT
Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu
Mohd Famey berkata pihaknya menerima aduan awam berhubung pencemaran efluen perindustrian berwarna putih ke longkang awam dan seterusnya ke sungai berkenaan pada Isnin lepas. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor hari ini menahan pengurus besar dan pengurus pengeluaran sebuah kilang berasaskan oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini, untuk membantu siasatan kerana dipercayai melepaskan efluen perindustrian ke longkang awam dan mencemarkan Sungai Tukang Batu.
Pengarah JAS Johor Dr Mohd Famey Yusoff berkata lelaki tempatan berumur 44 dan 38 tahun itu ditahan di kilang terbabit pada 5 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
"Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima aduan awam berhubung pencemaran efluen perindustrian berwarna putih ke longkang awam dan seterusnya ke sungai berkenaan pada Isnin lepas.
Mohd Famey berkata susulan itu, JAS Cawangan Pasir Gudang bertindak menjalankan siasatan, namun mendapati masih terdapat pelepasan efluen perindustrian berwarna putih serta berbuih pada keesokannya.
Beliau berkata pihaknya turut menerima aduan mengenai pelepasan air berwarna hitam di lokasi aduan yang sama pada hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#pelepasan air
#oleokimia
#longkang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan