awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus pelabuhan direman tipu pemegang saham, rugi sehingga RM1 juta

Bernama
Bernama
08/05/2025
12:30 MYT
Pengurus pelabuhan direman tipu pemegang saham, rugi sehingga RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengurus pelabuhan selepas disyaki memperdayakan pemegang saham sebuah syarikat, membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengurus pelabuhan selepas disyaki memperdayakan pemegang saham sebuah syarikat, membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.
Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40-an itu dipercayai memperdayakan pemegang saham berkaitan kerja-kerja pengorekan lumpur di Pelabuhan Bagan Datoh, Perak bagi mendapatkan tuntutan bayaran melebihi nilai sebenar daripada sebuah syarikat lain.
"Suspek ditahan kira-kira pukul 6.15 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
"Perintah reman selama empat hari sehingga 11 Mei dikeluarkan Majistret Afiq Fakrul Ismail pagi ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tahan reman
#pengurus pelabuhan
#pemegang saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan