SHAH ALAM: Seorang pengurus sebuah syarikat pengawal keselamatan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kesat kepada anggota polis, empat tahun lepas.
Majistret Farah Roslan menjatuhkan hukuman itu terhadap Paramver Singh Bullaveer Singh, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan dan satu bulan masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua sekiranya gagal membayar denda.
Paramver Singh didakwa menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun pihak polis.
Dia didakwa engikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa menggunakan perkataan kurang sopan kepada Sarjan Mohd Shukor Md Yusof mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bukit Jelutong, di sini pada jam 5 petang, 2 Sept 2020.
Ketika rayuan, peguam Harvindar Singh yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya ketika kejadian berada dalam keadaan mabuk selain mengalami tekanan selepas bercerai dengan isterinya.
Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasihah Che Yusoff memohon hukuman berat dan menegaskan perbuatan itu tidak boleh dipandang ringan kerana tertuduh telah mengganggu tugas penjawat awam dengan melakukan provokasi secara memaki hamun kepada polis.
Mahkamah kemudiannya menetapkan denda RM2,800 dan RM200 masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua. Tertuduh membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Seorang pengurus sebuah syarikat pengawal keselamatan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kesat kepada anggota polis, empat tahun lepas. - Gambar hiasan
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Pengurus pengawal keselamatan didenda RM3,000 halang tugas, maki polis
Dia didakwa menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun pihak polis.