awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus selenggara maut jatuh bangunan terpijak bumbung rapuh

Bernama
Bernama
03/12/2025
12:30 MYT
Pengurus selenggara maut jatuh bangunan terpijak bumbung rapuh
Seorang pengurus penyelenggaraan meninggal dunia selepas jatuh dari bangunan setinggi 6.37 meter setelah terpijak bumbung lut sinar yang rapuh di premis pembuatan semalam. - Gambar fail/hiasan
BUTTERWORTH: Seorang pengurus penyelenggaraan meninggal dunia selepas jatuh dari bangunan setinggi 6.37 meter setelah terpijak bumbung lut sinar yang rapuh di premis pembuatan di sini semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang Hairozie Asri berkata insiden itu berlaku pada 8.30 pagi ketika lelaki berusia 49 tahun itu menjalankan tugasnya di kawasan tersebut.
"Disebabkan bumbung yang telah berusia, bahagian bumbung zink dan bumbung lut sinar telah menjadi sama warna selain bumbung lut sinar juga telah rapuh, menyebabkan mangsa tidak menyedari bahaya struktur tersebut.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian, dan pihak JKKP Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian kemalangan maut tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Larangan (JKKP2) untuk menghentikan serta-merta semua kerja di tempat tinggi terutama di kawasan bumbung sehingga siasatan lengkap dijalankan.
Hairozie berkata majikan juga telah diarah melaksanakan siasatan dalaman, mengenal pasti punca kejadian dan mengemukakan langkah penambahbaikan kepada JKKP Pulau Pinang.
"Pihak JKKP Pulau Pinang juga akan menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan tindakan perundangan terhadap majikan akan diambil jika gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus penyelenggaraan
#jatuh bangunan
#JKKP Pulau Pinang
#terpijak bumbung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan