Lebih 50 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditunda hari ini akibat kegagalan sebuah syarikat penerbangan menguruskan sistem keluar masuk bagasi sejak 7.30 pagi tadi.
Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali yang mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya turut menerima laporan awal memaklumkan ada antara bagasi penumpang yang tidak sampai ke destinasi.
"Dalam hal ini, kita pun kecewa kerana perkara ini telah menyebabkan lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda.
"Kita (MAHB) masih menunggu laporan mengenai beg yang tidak sampai, maknanya ada beg yang tertinggal (tidak tiba di destinasi)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, kejadian pada pagi itu berkemungkinan berlaku akibat rasa tidak puas hati kakitangan syarikat pengurusan bagasi tersebut dengan jadual tugasan yang baharu.
"Ia adalah antara syarikat yang mengendalikan kerja-kerja mengangkat, menyimpan dan menguruskan beg. Jadi laporan yang saya terima, mungkin berlaku pertukaran jadual tugas yang mungkin tidak dipersetujui oleh pekerja-pekerja.
"Pada peringkat awal, MAHB telah menolong untuk mengangkat beg, tetapi kalau dikehendaki, kakitangan MAHB sendiri akan membantu syarikat tersebut untuk mengendalikan beg tersebut," katanya.
Kini tular di media sosial beberapa foto menunjukkan situasi di pusat pengumpulan bagasi yang tidak terurus kerana dikatakan kakitangan pengurusan bagasi yang tidak mencukupi.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Mar 17 2017
Lebih 50 penerbangan domestik dan antarabangsa sebuah syarikat penerbangan terpaksa ditunda akibat kakitangan pengurusan bagasi yang tidak mencukupi. - Foto Facebook / Badrul Hisham
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pengurusan bagasi 'mogok', lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda
Badlisham memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kerana kemungkinan ada antara bagasi penumpang yang tidak sampai ke destinasi.
MAHB sentiasa pastikan keselamatan penumpang di klia2
MAHB komited untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain berhubungan sebarang tindakan yang diperlukan dalam memastikan keselamatan pengguna lapangan terbang.
Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat
Badlisham yang kecewa dengan kejadian tersebut menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang menyebarkan video tersebut.
MAHB pelawa syarikat beroperasi, tambah penerbangan di KLIA
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempelawa lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).