LANGKAWI:Pengusaha sektor pelancongan di Langkawi disaran agar lebih kreatif dalam mempromosi produk masing-masing bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan ke pulau itu walaupun di luar musim puncak.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.
"Sekarang ini mereka (pengusaha sektor pelancongan) gembira dengan kehadiran pelancong yang banyak ke Langkawi (kerana musim cuti sekolah), tapi mereka juga perlu fikir apa yang boleh dibuat untuk tarik orang datang pada luar musim," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pengusaha hotel di sini, malam tadi.
Sesi dialog bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu melibatkan 50 pengusaha hotel yang dijemput bagi membincangkan cabaran dalam memulihkan sektor pelancongan di Pulau Lagenda itu.
Beliau berkata bagi mengekalkan kelestarian Langkawi, beberapa cadangan untuk mempelbagaikan sektor ekonomi di pulau itu, misalnya projek akuakultur, perlu diperhalusi terlebih dahulu.
"Kita kena semak cadangan (akuakultur) itu boleh dilakukan atau tidak, jika ia tidak beri kesan atau kemudaratan kepada kelestarian Langkawi sebagai kawasan hijau, boleh dipertimbangkan, tapi mungkin bukan dalam skala yang besar, lebih kepada ekopelancongan, kalau nak bawa akuakultur ke Langkawi memang baik, tapi kena kaji dulu impaknya," katanya.
Sementara itu semasa berucap pada sesi dialog berkenaan, beliau memberitahu Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merekodkan sebanyak 3.14 juta ketibaan pelancong di Langkawi pada 2019, berbanding 1.6 juta pelancong sehingga November lepas (turun 54 peratus).
Katanya pendapatan sektor pelancongan pulau ini juga hanya RM900 juta sehingga Nov lepas, berbanding RM1.7 bilion pada 2019.
"Penurunan pendapatan sebanyak 80 peratus ini disebabkan oleh penutupan sempadan negara disebabkan oleh pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

Bagi mengekalkan kelestarian Langkawi, beberapa cadangan untuk mempelbagaikan sektor ekonomi di pulau itu perlu diperhalusi terlebih dahulu. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Ringgit diramal terus kukuh | Permintaan kepada barisan hadapan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

AWANI Ringkas: PM setuju bentuk jawatankuasa penasihat Covid-19 | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

Mohd Redzuan negatif ujian saringan kedua COVID-19
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, disahkan negatif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan kedua pagi ini.

COVID-19: KKM boleh guna aset APM untuk bawa pesakit ke hospital
Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) boleh menguruskan aset yang diperlukan KKM terutama di zon merah.

Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim
Inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi pembelian kira-kira 100 pacuan roda dan lain-lain kenderaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Dewan Rakyat: Kerajaan kaji pelonggaran sekatan kemasukan secara bersasar
Sekatan kemasukan warga asing ke Malaysia ini dibuat berdasarkan jadual pemarkahan matriks risiko yang mampu memberikan gambaran jelas mengenai risiko mengimport kes COVID-19 ke Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan sedia 5,422 PPS untuk mangsa banjir - Mohd Redzuan
Petugas di PPS telah bersedia dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi menangani penularan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir.

Saiz pentadbiran kerajaan bukan berdasarkan pertimbangan politik - Redzuan
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan kononnya saiz pentadbiran kerajaan pada ketika ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik.

Keperluan lanjut PKPB hingga hujung tahun dikaji dari semasa ke semasa - Redzuan
Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa, keperluan untuk mengenakan PKPB sehingga akhir tahun.

Dewan Rakyat: Kerajaan kaji keperluan laksana PKPB sehingga akhir tahun - Mohd Redzuan
Mohd Redzuan berkata perkara itu akan dilakukan dengan melihat trend peningkatan membabitkan kes COVID-19 di negara ini.

Kerajaan laksana PKPB bagi elak keadaan jadi semakin buruk - Mohd Redzuan
Mohd Redzuan berkata, terdapat keperluan untuk Kerajaan menggunakan pendekatan yang lebih tegas dan berani.