awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha stesen minyak diingat jangan cetuskan perang harga - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2017
12:21 MYT
Pengusaha stesen minyak diingat jangan cetuskan perang harga - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pengusaha terbabit juga dilarang membuat tawaran harga yang boleh mengelirukan pengguna. - Gambar fail
Pengusaha stesen minyak diingatkan supaya tidak membuat tawaran harga produk petroleum sesuka hati sehingga boleh mencetuskan perang harga.
Walaupun stesen minyak boleh memberi diskaun, mereka perlu mendapatkan kebenaran kementerian terlebih dahulu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pengusaha terbabit juga dilarang membuat tawaran harga yang boleh mengelirukan pengguna.
“Hendak kita pastikan supaya tidak lagi menjadi agenda orang yang suka sekarang ini menggunakan media sosial, suka buat benda karut marut ini, kata sana sini macam-macam, ada perang hargalah.
"Padahal belum ada seorang pun yang buat permohonan. Semua masyarakat memahaminya bahawa KPDNKK bertanggungjawab untuk mempastikan bahawa pengguna tidak tertipu dengan semua iklan yang mereka lakukan,” katanya selepas menghadiri Program Kepengunaan dan Kesejahteraan Negaraku dan Hari Keluarga KPDNKK di sini, hari ini.
Malah, pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang indikasi bahawa proses permohonan diskaun bahan api itu akan dibatalkan namun ianya harus mengikut garis panduan yang tepat.
Rabu lepas, Hamzah mengumumkan bahawa penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.
Beliau turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain daripada harga yang ditetapkan kerajaan.
Topic Berkaitan
#API
#Hamzah Zainuddin
#kerajaan
#KPDNKK
#minyak
#petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan