awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusiran Ri Jong-Chol: Kaunselor Kedutaan Korea Utara enggan komen

Israr Khalid
Israr Khalid
03/03/2017
10:13 MYT
Pengusiran Ri Jong-Chol: Kaunselor Kedutaan Korea Utara enggan komen
Kim Yu-Song enggan mengulas mengenai pengusiran Ri Jong-Chol, yang merupakan salah seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam. - Gambar Astro AWANI / ISRAR KHALID
Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song enggan mengulas mengenai pengusiran rakyat negaranya Ri Jong-Chol, yang merupakan salah seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam.
Dia yang sebelum itu hadir di Jabatan Imigresen Putrajaya, dipercayai bagi urusan prosedur pengusiran pulang lelaki berusia 47 tahun itu.
“No comment,” katanya ketika diserbu dan diajukan soalan tentang butiran pertemuannya dengan Jong-Chol, termasuk maklumat berkenaan penerbangan penghantaran pulang Jong-Chol bersama keluarganya.
BACA: Waran tangkap terhadap Kim Uk-il bantu siasatan kes pembunuhan - Khalid
BACA: Ketua Polis Negara sangkal dakwaan Kim Chol meninggal kerana serangan jantung
Selain itu petugas media tempatan dan luar negara yang berada di kompleks jabatan itu sejak awal pagi turut bertanya sama ada Kedutaan Korea Utara akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut.
Namun beliau hanya menjawab, “we are too busy right now.”
Beliau diekori dan berterusan diajukan soalan, namun terus berdiam diri sehingga memasuki keretanya yang menunggu di ruang parkir terbuka berdekatan dan berlalu pergi.
Yu-Song tiba kira-kira jam 10 pagi dan berada di bangunan jabatan tersebut selama hampir dua jam.
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#Jong-Chol
#Kim Yu-song
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan