JERANTUT: Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Majistret Nur Syafiqah Noorinda menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Aziz Saini, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Abdul Aziz didakwa dengan sengaja mendaftar kelahiran berkenaan dengan seseorang yang dibuat lebih daripada sekali semasa membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Jengka, dekat sini pada 1.10 tengah hari, 12 Sept tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1)(g) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pembantu Pegawai Pendakwaan JPN Mohd Jeffri Abd Rashid memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Datuk Dr Ng See Teong yang mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan seorang peniaga kecil-kecilan dan menyara keluarga.
MAHKAMAH-JPN 2 (AKHIR) JERANTUT
Berdasarkan fakta kes, bapa kepada tiga orang anak itu telah ke JPN tahun lepas untuk membuat pendaftaran lewat kelahiran anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun, namun semakan JPN mendapati remaja tersebut telah memiliki sijil kelahiran atas status bukan warganegara.
Sijil kelahiran itu telah didaftarkan dan dikeluarkan pada 9 Jan 2008 di JPN Jengka dan diletakkan bawah status bukan warganegara kerana Abdul Aziz ketika itu gagal mengemukakan sijil perkahwinannya bersama isterinya yang merupakan warganegara Kemboja.
Tertuduh membuat permohonan baharu sijil kelahiran anaknya tahun lepas menerusi kategori Pendaftaran Lewat Kelahiran dengan kali ini membawa sijil nikah bersama pasport isteri.
Hasil soal siasat, tertuduh mengesahkan dan mengaku menyimpan sijil kelahiran asal atas nama anaknya itu dan menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk dibuat penahanan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas. - Gambar hiasan
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.