awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah

Bernama
Bernama
18/05/2024
10:35 MYT
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Syafiq Aiman (dua, kiri) bersama rakan yang lain susulan insiden serangan yang menimpa arwah di kediamannya di Jalan Kampung Poh Tambahan 1, Kampung Poh Bidor hari ini. -Bernama
TAPAH: Sahabat kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tidak menyangka kata-kata terakhir arwah "tunggu aku balik" ketika panggilan video baru-baru ini menjadi petanda yang mereka akan menyambut kepulangan jenazah anggota polis itu.
Mohammad Fakhrul Syakirin,19, berkata Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, yang mesra disapa Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman di sini.
"Kami tidak sangka pula nantikan kepulangan itu berkaitan kepulangan jenazahnya ke kampung hari ini.
"Kami sepatutnya pergi berkonvoi ke utara Semenanjung akhir bulan depan," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di sini hari ini.
Mohammad Fakhrul Syakirin berkongsi dalam kalangan rakan-rakan sekampung, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi memang sering memberi idea untuk menjalankan aktiviti bersama apabila pulang bercuti.
"Ada sahaja cadangan mahu berkonvoi motosikal atau bercuti di pulau. Kali terakhir kami berkonvoi pada dua tahun lepas, kami ke Melaka, sebelum arwah menjalani latihan polis.
"Kalau tidak berkonvoi, kami biasanya akan ke Ipoh (pusat boling terdekat), sebab arwah suka main boling," katanya.
Sementara itu, Syafiq Aiman Ab Halim, 23, berkata beliau pasti akan merindui kenangan menanti Allahyarham setiap kali pulang bercuti di kampung.
"Setiap kali balik kampung, Arwah Ami akan datang ke rumah saya dan tidur di sini, selepas Subuh barulah pulang ke rumah.
"Dia kebiasaannya balik selepas waktu bekerja dan akan tiba di Bidor 4 pagi....
"Mungkin dia tidak mahu kacau keluarga kerana ibu bapanya bekerja pada keesokan harinya," katanya yang bekerja sendiri dan tiada masalah untuk menanti kepulangan sahabatnya itu setiap kali Allahyarham pulang ke kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Ulu Tiram
#Ahmad Azza Fahmi Azhar
#Mohammad Fakhrul Syakirin
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan