JERANTUT: Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Majistret Nur Syafiqah Noorinda menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Aziz Saini, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Abdul Aziz didakwa dengan sengaja mendaftar kelahiran berkenaan dengan seseorang yang dibuat lebih daripada sekali semasa membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Jengka, dekat sini pada 1.10 tengah hari, 12 Sept tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1)(g) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pembantu Pegawai Pendakwaan JPN Mohd Jeffri Abd Rashid memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Datuk Dr Ng See Teong yang mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan seorang peniaga kecil-kecilan dan menyara keluarga.
MAHKAMAH-JPN 2 (AKHIR) JERANTUT
Berdasarkan fakta kes, bapa kepada tiga orang anak itu telah ke JPN tahun lepas untuk membuat pendaftaran lewat kelahiran anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun, namun semakan JPN mendapati remaja tersebut telah memiliki sijil kelahiran atas status bukan warganegara.
Sijil kelahiran itu telah didaftarkan dan dikeluarkan pada 9 Jan 2008 di JPN Jengka dan diletakkan bawah status bukan warganegara kerana Abdul Aziz ketika itu gagal mengemukakan sijil perkahwinannya bersama isterinya yang merupakan warganegara Kemboja.
Tertuduh membuat permohonan baharu sijil kelahiran anaknya tahun lepas menerusi kategori Pendaftaran Lewat Kelahiran dengan kali ini membawa sijil nikah bersama pasport isteri.
Hasil soal siasat, tertuduh mengesahkan dan mengaku menyimpan sijil kelahiran asal atas nama anaknya itu dan menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk dibuat penahanan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas. - Gambar hiasan
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Balai Polis Ulu Tiram diserang: Dua polis maut, seorang cedera ditembak, ditetak
Bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar, untuk mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
[TERKINI] Serang balai polis: Dua polis maut, seorang cedera ditembak dan ditetak
Dalam serangan awal pagi Jumaat di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki. Suspek turut maut dalam kejadian jam 2.54 pagi tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan insiden itu. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, sementara yang maut dibawa untuk proses bedah siasat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.