awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga direman tiga hari disyaki cabul anak saudara

Sinar Harian
Sinar Harian
19/08/2025
08:20 MYT
Peniaga direman tiga hari disyaki cabul anak saudara
Suspek (tengah) direman bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap anak saudara berusia 16 tahun. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang peniaga berusia 50 tahun direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa, selepas disyaki mencabul anak saudaranya berusia 16 tahun di rumahnya minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang peniaga berusia 50 tahun direman tiga hari mulai Selasa kerana disyaki mencabul anak saudaranya yang berusia 16 tahun di rumahnya pada 12 Ogos.
  • Kejadian berlaku di ruang tamu rumah di Solok Paya Mengkuang, Bukit Rambai, dan mangsa melaporkan perbuatan itu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis.
  • Suspek ditahan oleh Cawangan D11, IPK Melaka, dan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleimen sehingga Khamis ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang pada 12 Ogos lalu ketika remaja terbabit sedang baring di atas sofa di ruang tamu rumah di Solok Paya Mengkuang, Bukit Rambai, sebelum tertuduh bertindak mencabul mangsa.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya, sebelum mereka terus ke Balai Polis Batang Tiga untuk membuat laporan.
Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan suspek untuk permohonan reman pada Selasa. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul anak saudara
#ruang tamu rumah
#Solok Paya Mengkuang Bukit Rambai
#peniaga berusia 50 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan